Monday, May 12, 2014

Program Iftar on The Street 2014 / 1434H .... Jom Donate

Assalamualaikum wbt...

hari ini adalah 12 Mei 2014 bersamaan 12 Rejab 1434H....

Sapa2 belum habes ganti puasa. elok le mula yer... sapa2 dah lama tak puasa sunat tu, pun elok le mula.... kerana Ramadhan yang kita rindui bakal menjelma... Semoga Allah berkati kita di bulan Rejab dan Sya'ban ini dan menyampaikan kita ke Ramadhan dengan sebaik2 sampai dan semoga semua amalan kita Allah terima sebagai amal soleh di sisi Nya... Ameen Ya Rabb....

Hoccay... saya terpandang hebahan INI  di belog Dr. Ridzuan Bakar... dah lama, tapi tak sempat nak war-warkan di sini ....

Ala... setiap tahun pun saya akan paste promotion iftar kat sini... So kepada yang dah tahu - Okay - Alhamdulillah... sapa yang belum tau, meh nak bagi tau...

Iklan:  (maklum le tak ada FB macam saya - dah kena marah dengan kak Lina... "p buat FB cepat...ini arahan"...).... hehehe... thanx kak lina belanja kita air mineral di saat kita ada duit spuloh hengget jer dalam kocek tak ada duit seringgit dan tempat tu pulak ada tabung masuk duit jer tak ada tempat ambik "baki duit"... heheheeee...

Hoccay... back to the story... seperti kelaziman tahun2 yang telah berlalu... Kelab Haji Muda akan buat program Iftar on the street di 3 lokasi dunia (hamboih ko Huda... tak nak kalah gitu)...

tapi memang betul lah... sebab it covers malaysia, makkah dan indonesia.... 

Untuk mengelakkan saya merapu yang bukan2, maka adalah lebih baik saya pastekan hebahannya di sini....  semoga bermanfaat ya semua....

Don't worry - trusted ... amanah... Insya Allah... every year pun saya join KHM selain daripada my own programe with other NGO... sapa2 ada rezeki lebih tak tau nak bagi kat sapa... meh2... contact me... I've  long list people that might need help.... Insya Allah....


*******************************************************************************

KHM  DANA  ANNUITI  AKHIRAT:  
 UNCANG AMAL IFTAR RAMADAN UNTUK GOLONGAN DHUAFA/ FAKIR/ MISKIN /ANAK YATIM  KINI DIBUKA

Sumbangan ke KHM Dana Annuiti Akhirat , sila gunakan akaun berikut:- 
Nama Akaun:  KHM Dana Annuiti Akhirat
Bank:   Bank Islam
No Akaun:   1418001-0013422


InsyaALLAH, KHM telah merancang program berikut untuk tahun 2014:-

PROGRAM:   IFTAR RAMADAN  ON THE STREET
(TAJAAN BERBUKA PUASA GOLONGAN DHUA’FA/FAKIR/MISKIN/ANAK YATIM)

a)    Mekah Al-Mukarramah .
Kos sehari untuk 100pax = SR1,200
SEbulan = SR36,000 bersamaan  RM32,000

b)    Indonesia (Dengan kerjasama Sahabat  KHM Indonesia dan  DT)
Kos sebulan satu masjid= RM8,000
Sasaran 2 buah Masjid = RM16,000

c)      Malaysia
Pusat Anak Yatim/Tahfiz = RM10,000

JUMLAH DANA DIPERLUKAN = RM58,000

  TARIKH MULA   :  20  JAMADUL AKHIR /  20 APRIL 2014
  TARIKH TUTUP:  15  SYAABAN/ 13  JUN 2014

SASARAN:
Golongan dhuaafa/ fakir/miskin

  
MENGAPA DI MEKAH  & INDONESIA & MALAYSIA?
  • Ganjaran pahala  100,000x ganda di Tanah Suci Mekah
  • Mudah capai sasaran di Indonesia. Contohnya,  pendapatan penarik beca seminggu  Rp80 ribu = Sebulan  Rp320,000 bersamaan RM100 sebulan.
  • Mencipta nilai kasih dan sayang ke atas anak-anak yatim Malaysia

BAGAIMANA DANA INI DIURUSKAN?

Diuruskan secara professional, amanah dan transparent menggunakan  Akaun Khas “KHM Dana Annuiti Akhirat” . Semua kemasukkan dana ke akaun ini dari 20 April – 13  Jun 2014  akan dianggap untuk  sokongan program ini (Nota: Atau sehingga dimaklumkan).   Jumlah kutipan dana ini akan dimaklumkan  dalam blog dan FB setiap minggu supaya transparency  transaksi jelas.


BAGAIMANA AGIHAN DIBUAT?
Dana ini akan ditutup untuk tujuan Audit  pada 15  Syaaban/ 13  Jun 2014  (sasaran sebelum Nisfu Syaaban, sebelum  buku amal kita diangkat  untuk diaudit oleh Petugas ALLAH). 

Dana akan dihantar/diagihkan  terus ke Mekah, Indonesia, Malaysia  selepas diluluskan oleh EXCO KHM pada  25  Jun 2014/ 23  Syaaban 1435H.

Mekah:- Agihan dan urusan logistik  diuruskan oleh  Ahli Bersekutu KHM (affiliate member KHM, Tn Hj Arshad). 

Indonesia:-   Agihan dan pengurusan di buat oleh  Sahabat KHM Indonesia.  Kejayaan dan pengalaman tahun 2012 dan 2013   akan membantu urusan logistic.

JIKA DANA MELEBIHI SASARAN?
Jika ditakdirkan dana melebihi sasaran,  kesemua dana akan dihantar ke sasaran.  Keputusan akan dibuat oleh EXCO KHM yang akan bersidang pada  23 Jun 2014.

Sumbangan ke Dana Amal, sila gunakan akaun berikut:-

Nama Akaun:  KHM Dana Annuiti Akhirat
Bank:   Bank Islam
No Akaun:   1418001-0013422

  

Moga ALLAH mengurniakan rahmat dan rezeki untuk kita terus beramal dengan wadah KHM Dana Annuiti Akhirat.  Terima kasih. Amin!

6 comments:

  1. Satu jariah yg mulia. Tempat tinggal kakak juga buat tapi tak besar-besaran seperti ini. Sekadar untuk kawasan sekitar..

    Memberi makan kepada yg berpuasa besar ganjarannya..

    ReplyDelete
  2. Huda..dahlah kasut kita serupa, minat pun serupa :)

    KHM ni salah satu dari beberapa badan/pertubuhan/individu yang kami akan transfer duit secara rutin setiap bulan..dia orang pun tak tau,hehe. Tak banyak..sikit2 lama2 jadi bukit. Ini sebagai tanda sokongan kepada aktiviti dan gerakan dakwah yang mereka anjurkan.
    Yang Iftar ni pun..Done. InsyaAllah selagi belum tarikh tutup, akan terus ada sumbangan dari semasa ke semasa.

    ReplyDelete
  3. Salam Kak zakie... tak per... kariah kita tu keutamaan kan... boleh dapat pahala silaturrahim...

    UmmiRoss... Kannnn... hehehehe.. "see the leg" memang sesuai dengan kita... hehehehe....

    ReplyDelete
  4. Bagus lah ummiross... semoga murah rezeki ....
    p/s: boleh belanja baklava turki yang sedap tu lagi... hehehee(betul ke ejaan ne)...

    ReplyDelete
  5. nice share nhhas ...

    InsyaAllah .. time nak ramadhan ni la nak banyakkan amal yer

    ReplyDelete
  6. Noted huda. Tqvm

    P/S thanks for the video:-))

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)