Monday, January 27, 2014

Hmmm apa nak letak tajuk entri ne?



Assalamualaikum wbt...

Hmmmm... sama ada sedar atau tidak ... ambil peduli atau tidak... benar... maruah islam semakin dipijak2 di negara ini... Memanglah mudah nak salahkan non-muslim sahaja ... tapi yang pemimpin melayu islam ne dok buat apa pun tak tau nak cakap... sama jer lah weih parti apa pun... semua tak boleh harap... 


teringat lagu maher zain - awaken 

Oh ... I'm walking with my head lowered in shame from my place

I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves"

agak2 kalau saya letak nama entri ne JOM PERANG... ada tak kena soal siasat dengan SB?... huhuhuhu... sebab saya melayu islam? adakah akan dicap menghasut?  wallahualam....(jangan risau... waras lagi saya ne.... idok ler sampai tahap ajak perang lagi weih...)

teringat citer masa zaman (tak ingat zaman semasa masih ada rasulullah s.a.w atau ketika zaman sahabat/ khalifah)... ada wanita muslimah yang dikacau dan direntap tudungnya...(biadap tul kafir ne), terus lancar perang tau.... 
tapi kita hari ini? dah banyak kali dah menda ne jadi kat malaysia... kalau isu relates to melayu dan islam yang menjadi mangsa - mesti kita akan hampir tak tau pun citer tu wujud... kalau masuk surat khabar pun duduk celah2 tengah muka surat jer... kalau mangsa tu bangsa lain, agama lain... mau kecoh 1 MALAYSIA... habis semua berdegar2 bergaduh hentam kerajaan, hentam polis, hentam skolah, hentam le selagi sapa boleh hentam asalkan yang dihentam itu melayu + islam pulak tu.... huhuhuhu....

antara cerita yang saya ingat - 
1. kes kereta non-muslim merempuh masjid putra sampai ke tangga ruang solat utama masjid...
katanya mabuk?  sapa2 pernah p masjid putra mesti garu kepala memang tak logik, apahal kau mabuk leh rempuh masjid dan buat kecoh macam tu? sebab masjid putra bukan nyer located bertentangan dengan jalan utama yang panjang... kalau kau terbabas sampai rempuh laman putra yang ada water fountain tu macam logik lah juga... ne pandai lak ko dalam mabuk2 tu g ikut susur jalan menuju masjid lalu merempuh masuk sampai dalam masjid?  giler punya biadap...
tapi sebab kes tu mangsanya MASJID - tempat ibadah orang islam - menda tu tak keluar kat front page surat khabar pon... keluar kat celah2 surat khabar ada portion kecik jer... bila saya g masjid, saya tanya adek2 yang bertugas tu mereka cakap - kami diminta tidak membesar2kan cerita ne... 
tapi natijahnya, pintu masjid sekarang pukul 10 malam dah tutup dah... 

2. kes perempuan yang kena tahan pastu dibogelkan dalam tahanan polis perempuan untuk inspection - kecoh satu malaysia bila perempuan tu dikatakan cina dari china...kelam kabut tanpa kesahihan kerajaan p mintak maaf kat kerajaan china... tapi bila akhirnya terbukti yang di inspect tu melayu - aiseh diam seribu kata pulak semua orang?  kalau dah salah - patutnya layanannya sama jer lah bangsa apa pun... human rights kena jaga untuk semua... lebih malang perkara ne berlaku di malaysia ku yang buat masa ini tampuk kepimpinan nya melayu dan islam... 

kes lagi ucapan2 guru2 skolah yang berbau racist, isu makan kat kantin sekolah - sebab cikgu tu melayu - maka kena ler tahan, kena tukar dsb.nya... tapi kalau yang buat tu bukan cikgu melayu - kes selesai dengan sekadar MOHON MAAF dan tutup buku... yang terkini kes cikgu muallaf kat skolah cina kat kota tinggi johor yang dipaksa membuka tudung dan diancam keselamatannya jika tak berbuat demikian -  laaaaassssst sekali cikgu tu yang kena tukar... so skolah tu rilex jer boleh teruskan perangai biadap mereka .... camtu ke?

huhuhuhuhuu.... 

1 MALAYSIA yang merugikan orang islam... kalau islam buat salah - habis kau kena sembur... kalau si kafir buat salah... maka bagi ajer lah statement "atas semangat 1 malaysia.... bla bla bla"... 


meh kita baca apa statement guru besar skola cina ne cakap....

"Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni sesuai dengan slogan 1Malaysia," katanya yang kemudian berjabat tangan dengan guru tersebut sebagai tanda permohonan maafnya.
Sementara itu Chiew berkata sebagai guru besar sekolah itu, beliau tidak pernah menghalang guru berkenaan ataupun mana-mana pelajar Islam di sekolah itu memakai tudung.    
Menurutnya sebagai rakyat Malaysia yang hidup dengan pelbagai kaum dan agama, beliau memahami sensitiviti terhadap perkara itu dan faham memakai tudung adalah wajib untuk wanita beragama Islam.
"Sebagai guru besar, saya pasti menghormati agama Islam, guru serta murid beragama Islam tanpa mengira kaum.
 "Sebagainya penjawat awam pula, saya berjanji akan mematuhi sepenuhnya semua peraturan dalam perintah kerajaan tanpa keraguan dan saya akan menguruskan hal sekolah dengan lebih peka dan berhati-hati. dahtu sebelum ne kau bukan kakitangan kerajaan dan tak peka ke?         
"Segala salah faham daripada segi perbualan dan kata-kata yang tidak munasabah yang diperkatakan sebelum ini secara tidak sengaja sehingga menjadi gangguan emosi bagi mana-mana pihak, saya mohon ampun dan maaf," katanya. 
senang betul hidup kau yer cikgu besau... bukan patut boleh ditatatertib ke?

yeay.... dah mintak maaf - tutup kes.... TAPI PERCAYALAH ... mesti kes2 ne akan berulang di masa hadapan sebab jati diri kita makin lemah.... huhuhuhuhu....

saya bersetuju dan penulisan PAK UNGKU dalam mingguan malaysia semalam... yang kita tak ada pemimpin melayu islam yang berani yang boleh nak kita follow... kau bagi jer lah apa parti pon.. sama jer lah labu....


MM: Bagaimana Pak Ungku melihat perpaduan dan perpecahan dalam kalangan orang Melayu sekarang?

UNGKU AZIZ: Pada pandangan saya, perpecahan bukan sahaja berlaku antara Melayu dengan Melayu, ini termasuklah Melayu kota dengan Melayu luar kota. Melayu dalam UMNO dengan Melayu dalam Pas dan PKR. Antara orang Melayu yang muda dengan tua.
Hal ini sama kalau dibuat perbandingan dengan Arab Spring yang tak akan terjadi sebab orang Melayu sendiri banyak masalah yang tidak diatasi.
Bukan saya nak komen tapi dalam kalangan pemimpin Melayu, siapa tokoh yang boleh kita ikut. Tokoh itu mesti garang dan bersemangat.
Pada hari ini tak ramai pemimpin Melayu yang garang. Banyak pemimpin yang kompromi sana, kompromi sini - tiada pendirian yang teguh.
Pemimpin macam Winston Churchill, dia tak suka kompromi. Pemimpin macam dia berpendirian tetap dan berani. Soalnya siapa berani korbankan diri?
Kalau pemimpin itu tegas, kalau dia kata jangan buang sampah di tepi jalan, orang suka atau tidak dia tidak peduli. Itu pendiriannya.
Orang Melayu kita sejak beratus tahun lalu ada yang suka tikam dari belakang. Ini diajarkan oleh penjajah kepada orang Melayu dan diamalkan sampai sekarang.





Seterusnya  saya juga bersetuju juga dgn Dr. Ridhuan Tee sperti di bawah...
 (kecuali bab yang artis pakai tudung tu... dah pakai tudung heboh juga nak menyanyi tu apa hal?  kat majlis yang tak sepatutnya pulak tu... confius eden....)

(Sumber : SInar Harian)

MULANYA saya cuba bersangka baik dengan apa yang menimpa seorang guru mualaf di SJKC Nan Ya, Kota Tinggi, Johor, atas nama dakwah. Tetapi setelah lama mengikuti isu ini, ditambah oleh sebuah syarikat pembinaan yang menghalau artis bertudung dalam majlisnya, menjadikan saya jadi geram.

Mana tidaknya, lembaga sekolah tersebut telah memaksa guru mualaf untuk membuka tudungnya dan diancam keselamatannya jika tidak berbuat demikian.

Sedihnya, apabila guru tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa, beliau ditukarkan serta-merta ke sekolah lain.

Peliknya, tiada tindakan tegas dikenakan terhadap kepimpinan SJKC tersebut. Mana keberanian kita? Mana dia pemimpin yang memperjuangkan Islam dan hak asasi manusia ini? Kejam sungguh kita semua. Kena pada orang Islam, tak apa. Kena pada bukan Islam, heboh 1Malaysia.

Saya ingatkan orang bukan Islam telah insaf dan memahami perkara asas mengenai Islam. Maklumlah sudah lama tinggal di tanah air tercinta ini. Paling kurang memahami kedudukan Islam selaku agama negara. Rupa-rupanya tidak.

Apabila ada desakan mahukan tindakan disiplin diambil terhadap ahli lembaga sekolah tersebut, maka kita pun berkata ini isu kecil dan hanya permainan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ekonomi yang lebih meruncing.

Apa semua ini? Lebih meloyakan, ketika pengerusi lembaga dan guru besar sekolah tersebut memohon maaf secara terbuka, maka kita pun beramai-ramai datang memberikan sokongan dan tepukan.

Sambil bersalaman dengan guru mualaf tersebut, guru besar itu berkata: “Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni, sesuai dengan slogan 1Malaysia”. Kita pun tutup fail. Wah… senang sungguh.

Mudah sangat hidup di Malaysia. Bila bukan Islam buat salah, minta maaf, selesai, atas alasan 1Malaysia. Bila kita buat silap, maka dikatakan bertentangan dengan 1Malaysia. Maka kita terus salah, mereka terus betul.

Apakah kita sudah lupa isu pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya yang didakwa mengeluarkan ‘ucapan rasis’ pada tahun 2010? Seluruh media ultra kiasu menghentam habis-habisan pengetua tersebut. Langsung tidak diberikan peluang untuk membela diri. Desakan demi desakan dilakukan agar beliau dipecat dan ditukar.

Julai dan Ogos 2013, pengetua SMK Alam Megah, Shah Alam, turut menerima nasib sama kerana dikatakan memberi ucapan rasis. September 2013, guru penolong kanan SMK Engku Husin Semenyih, Kajang, pun turut menjadi mangsa.

Pada Julai 2013 apabila gambar murid bukan Islam SK Sri Pristana “makan di tandas” semasa bulan Ramadan tersebar, sekali lagi seluruh media ultra kiasu dikerah untuk melondehkan isu tersebut sehingga habis FB guru besar turut digodam.

Pelbagai tuduhan dibuat tanpa langsung memberi peluang kepada beliau membela diri. Beliau dan keluarga dimalukan, dihina dan dikecam sehingga anak beliau sendiri merayu dan menulis di status FB jangan diganggu ayah beliau lagi.

Namun, dalam isu guru mualaf dan SJKC ini, semua media ultra kiasu senyap sepi. Kenapa tidak sensasikan isu ini dan memaksa guru besarnya dipindahkan atau meletakkan jawatan? Jawapannya mudah, mereka sekapal.

Saya yakin, penghinaan ke atas guru mualaf tersebut, dan artis bertudung, sengaja dilakukan. Peliknya, guru mualaf tersebut yang ditukarkan ke sekolah lain, bukan guru besar itu.

Lebih menjengkelkan lagi, ketika isu ini dibangkitkan, kita diminta sabar, siasat dahulu, jangan bertindak terburu-buru, perlu berhikmah dan bermacam-macam alasan. Inilah sifat orang Melayu, terlalu bertolak ansur, sehingga ditolak beransur-ansur.

Benar, memaafkan seseorang itu satu sifat yang baik. Tetapi itu bukan bermakna, pesalah boleh terlepas begitu sahaja.

Masih ingatkah kita pada zaman Nabi, apabila seorang Muslimah dipermainkan oleh Yahudi sehingga terselak kain dan menampakkan auratnya? Apa tindakan selepas itu? Jawapannya, perang.

Hari ini kita tidaklah sampai ke peringkat perang. Tetapi menjadi tanggungjawab seorang pemimpin negara untuk memastikan bahawa tidak ada mana-mana rakyat Islam di bawah pemerintahannya dianiaya oleh musuh-musuh Islam.

Ingatlah! maruah dan keadaan umat Islam semakin tercabar. Malangnya, tiada pemimpin yang berani bangkit dan dengan tegas bersuara mempertahankan maruah umat Islam yang tercalar. Lebih menyedihkan, penghinaan itu berlaku di bumi kita sendiri yang berasaskan Melayu dan Islam.


*** begitulah ceritanya***


Entri ini tidak bertujuan nak cari gaduh dengan sesiapa pun / tak der pun nak jadi penghasut apa pun (tak berpengaruh pun... ;-) ) 
Sekadar luahan rasa apa yang terlihat dan terfikir...  kalau ada silapnya - boleh ditegur untuk dibetulkan (jika betul caranya)...

Last but not least...

Lets think deeply with iman, - is Allah satisfied with what we are doing now???

Owh Allah, please give me strength to be a good servant to You...

loves...nhhas...

4 comments:

  1. Apa yg jelas dimata kita sebenarnya pada kakaklah 'mereka' dah besar kepala dek kerana 'kita' ni tak bersatu.

    ReplyDelete
  2. Politik kat depa macam wayang saja...kat belakang depa bersatu. Tapi kita politik dah jadi cara hidup...boleh berperang sesama sendiri.

    ReplyDelete
  3. ummi tak tau yang masjid Putra pernah dirempuh nhhas, memang biadap perbuatan tu

    Sedih kan..bila Melayu ada masalah, takde siapa peduli nak pertahankan.

    ReplyDelete
  4. tu lah ummi...
    sebab tak kelur front page kan...
    orang dalam putrajaya pun ramai yang tak tau...
    huhuhuhu... tu sebabnya pintu masjid dah tutup lepas isyak sekarang ne...

    mujur tiada yang dilanggarnya...

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)