Thursday, May 24, 2012

Tempon Pinjaman 32 tahun telah selesai

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Al-Fatihah buat sahabat dan teman seperjuangan kami, Mohamed Noor Aizam bin Saudin yang telah kembali kerahmatullah pada Sabtu 19 Mei 2012 (27 JamadilAkhir 1433H) lebih kurang jam 7.30 pagi, di Hospital Selayang, Kuala Lumpur.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mu wahai sahabat. Ditempatkan dikalangan hamba-hamba Nya yang soleh dan disayangi NYA.

Telah hampir 5 hari kami kehilangan beliau, tapi air mata masing-masing masih murah untuk mengalir tatkala terkenangkan allahyarham.
Allah... bukan mudah untuk kami 'melupakan beliau'.  rasanya tak mungkin kami dapat melupakan beliau.
Dan pastinya mengambil masa untuk kami terus mengingati allahyarham tanpa menitiskan lagi air mata.

Dah habis dah tempoh pinjaman 32 tahun untuk dia. Kita yang masih tinggal ne tak tahu macam mana lagi.

Tengok seorang teman atas pembaringan seperti itu memang tak dapat saya nak tahan tangis.


Sebulan lebih sikit jer arwah sakit, 19 hari duduk wad. 
Hari ke 3 or ke 4 di hospital baru tau ada cancer dan pada hari ke-19 Allah menjemputnya dalam keadaan yang tenang.  Dan Allah sayangkan kami kerana bagi kami kesempatan untuk melihat arwah buat kali terakhir ketika sedang dikafankan.

Allah... aku masih tidak percaya yang di atas pembaringan dengan balutan kain kapan itu adalah sahabatku Aizam.  Allah... sungguhlah... dia benar2 telah tiada...

Balik ke pejabat pada pagi Isnin kelmarin, lagi lah bercucuran air mata tengok meja kerja arwah.  Masih segar dalam ingatan kami semua tatalaku arwah ketika di meja kerja lamanya. Aku memanggilnya "kaunter pertanyaan" sebab meja arwah di laluan yang agak busy (tak patut juga mereka letak meja pegawai di laluan utama, bising dan mengganggu arwah juga buat kerja).  Setiap kali kalau ada kawan-kawan yang nak ke division kami, mesti singgah bertandang di meja arwah. Dan kalau ada kawan-kawan yang balik "on time", arwah akan jerit dari meja dia "oit awal nya balik, awal lagi neh.rilex lah dulu."

Arwah juga adalah teman yang paling suka melepak kat work station aku.  memandangkan kedudukan meja aku adalah yang paling strategik di belakang dan di sebalik tiang. Kalau dah ngantok or tepu minda nak buat kerja mesti arwah datang tempat sambil tanya "ada apa-apa untuk di makan tak"  dan sambil bukak locker, aku selalu membebel  "ne bila nak tolong refill ne, asyik pow ajer... tokeh mydin pun gulung tikar ne".
tapi arwah tau kami memang bergurau kasar selalu. heheheee... dan aku pun boring2 g lepak tempat arwah yang kemas dan bersih tu  sambil meng pow kerepek-kerepek arwah.  Kadang tu siap angkut bawak balik sampai tinggal sikit pastu baru bagi balik.

(Nota: arwah seorang yang pengemas dan pembersih, rasanya horror lagi meja aku)

Allah.... kenangan.... pasti kami semua rindu arwah.
Arwah juga kawan yang baik.  Kadang-kadang kalau aku kena handle project, dan kadang-kadang kalau aku 'tak behave', ada pulak yang p mengumpat aku kat depan arwah.  So baik nya arwah ne, dia mesti backing aku kat depan orang tu dan explain kenapa aku "mengamuk". tapi dalam masa yang sama, arwah akan jumpa aku dan cakap "ha, tadi ada orang komplen pasal awak... cer behave sket. garang benor".  Arwah tegur secara santai, tapi selalu buat saya tersedar dan sentap.  Aku suka cara dia tegur kesilapan dan kelemahan aku sebab dia tidak memburukkan aku di belakang, sebaliknya dia membetulkan aku secara berdepan, dan tidak melaga-lagakan aku dengan sesiapa pun.  Suka nasihatkan orang supaya "behave".

Sikap arwah yang lemah lembut itu, menyebabkan arwah disayangi ramai.  Semasa arwah dimasukkan ke Serdang,  aku bertugas di parliment.  Sebenarnya aku nak tukar giliran bertugas dengan arwah.  Giliran arwah pada April rasanya, dan aku pada Mei.  Aku nak tukar sebab 2 mei tu konon-kononnya aku nak sambung cuti.  Tapi arwah pun dah plan nak bawak keluarganya bercuti. So arwah tak nak tukar dengan aku.  sob sob sob.... kalau arwah tukar haritu, langsung dia tak merasa duty di parliment. 
(Nota: tak sampai juga hajat arwah nak bawak keluarganya bercuti pada Mei ne)

2 mei tu arwah dah warded. 3 mei aku balik office, after office hour jam 5.30 ptg, aku terus ke Serdang menziarahi arwah.  Walaupun sebelum tu arwah dah teruk kurus cengkung (tapi belum di diagnos cancer, doktor baru nak buat ujian),  tapi arwah boleh buat lawak lagi. Biasalah kiteorang.  Dan itu lah kali terakhir aku bercakap dengan arwah.  Kali kedua aku ziarah arwah pada 7 Mei, juga di serdang. Aku bawak akak aku yang juga mengenali arwah.  Tapi kami terlewat, kami tiba jam 3.30 petang, dah habis waktu melawat.  Lepas buat lawak drama lebih kurang kat kaunter wad, guard tu bagi lah kami masuk.  sampai di katil arwah, dia macam tengah mamai-mamai tidur. aku dan along tak nak lah kejut arwah walaupun pada mulanya mak arwah yang menemani arwah nak kejutkan dia.  Tapi tak sampai hati sebab pasti susah arwah nak dapat peluang tidur sebab sakit yang amat sangat.  pastu waktu melawat, sepenuh2 wad tu geng-geng arwah yang datang ziarah.
Sampai ketika arwah dimasukkan ke ICU selayang,  pelawat arwah di control by card sebab terlalu ramai.

kali ke-3 aku ziarah arwah, lepas aku balik dari China, pada selasa 15 Mei.  Arwah dipindahkan ke Selayang rasanya sama ada malam ahad atau pagi Isnin (14 Mei). Isnin tu aku masih di China, pagi jam 7 lebih kurang, aku dapat sms dari staff aku yang memanjangkan sms dari isteri arwah (jam 6.30 pagi) memaklumkan arwah kritikal. Peluang 50 50 (aku tak sure apa yang bleeding, the cancer or his pancrease) tapi he bleeding badly.  Terus berderai air mata aku.  Aku takut aku tak sempat jumpa arwah.  Semua staff division pergi ziarah arwah tgh hari isnin tu dan sempat jumpa arwah dalam keadaan sedar, boleh bercakap walaupun sangat lemah, dan masih "kenal orang", sebelum arwah ditolak masuk ke bilik bedah. 
Mereka follow sampai arwah ditolak ke bilik bedah. Mereka dengar pesanan-pesanan akhir arwah.

Dan.... aku tiada di situ untuk melihat arwah buat kali terakhir dalam keadaan dia sedar.  Aku di China hantar sms kepada isteri arwah, tapi isteri arwah maklumkan arwah dah masuk bilik bedah. Jadi aku tak dapat bercakap dengan arwah.  Sedihnya.  Aku touch down KL pagi selasa jam 2 pagi lebih kurang.  Esoknya jam 11.30 pagi aku ambik staff aku kat office ajak teman g selayang (sbb aku tak tau jalan).  Tapi masa tu arwah dah tak sedar.  Aku tanya mak arwah "dia tidur ke atau memang tak sedar since operation?"  mak dia cakap, arwah dah ok, doktor saja bagi arwah tidur.  Dalam hati aku meragui kata-kata mak arwah.  tapi takkan nak tanya lebih2 pulak.  So itu kali ke-3 aku ziarah arwah (dan tak dapat bercakap dengan arwah).  Rabu, Khamis, Jumaat, sentiasa ada kenalan-kenalan kami yang bergilir ziarah arwah, dan boss aku pun setiap hari sms tanya kat mak arwah apa progress arwah.  dan setiap kali mak arwah akan cakap "arwah ok, doktor tidurkan dia".  semua orang muka lega kecuali aku.  Dalam hati aku kuat menyatakan ini ada sesuatu yang tidak kena. Mustahil doktor "tidurkan dia lama sangat, nanti kalau dia sedar, boleh tak betul kawan aku ne".  Dan pagi sabtu, jam 7.30 pagi, bertalu-talu panggilan masuk tapi aku tertidur atas sofa lepas subuh (penat balik China tak hilang lagi).  Pastu akhirnya ada satu call yang aku sempat catch.  Teman dari trade call "Huda, ko ada dgr apa2 pasal aizam tak".  "er tak ada. nnt aku cek, aku call ko balik".
dan tak sempat aku letak phone, seorang staff division aku call memaklumkan "Cik Huda, En. Aizam dah tak ada. Dia baru meninggal lebih kurang jam 7 - 7.30 pag ne"....  Innalillahiwainnailahirajiun.  Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.    Aku sms hampir semua nombor staff Jabatan yang ada dalam phone aku. Dan aku terus bersiap, bergegas ke hospital selayang di temani ayah ku.

Allah.... sedihnya... Itulah kali ke-4 dan terakhir aku "ziarah" arwah. dan arwah "takkan sedar untuk selama-lamanya lagi"
Bercucuran air mata melihat arwah di atas pembaringan dengan kain kapan.  Dimasukkan dalam keranda kayu dan di bawa menaiki van jenazah pulang ke kampung halamannya di Johor.

Al- FATIHAH.  Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Semoga Allah beri kekuatan, ketabahan dan keselamatan kepada ibu, isteri dan anak-anak arwah untuk menghadapi ujian ini. Begitu juga kami di division ini.


Allah lebih sayang kan dia.
Habis dah tempoh pinjaman selama 32 tahun Allah bagi kat dia. Kita ne tak tau jangka hayat tempoh pinjaman tu berapa lama lagi…

Semoga kita semua kembali dalam keadaan yang Allah dah ampunkan dosa.
Dekat dengan Allah di dunia dan akhirat.
Di beri husnul khatimah….

Ameen…

Sambutan hari lahir arwah bersama geng2 Q1 di division.
Aku tak ada masa ne kerana berkursus di Perak.

Pengajaran buat aku yang masih bernyawa ini....sempurnakanlah amanah (terutamanya amanah kerja) yang diberi. Masa aku juga semakin suntuk. MATI ITU DATANG TIBA2. JANJI ALLAH ITU PASTI TIBA.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

(Nota: arwah bermula dengan mengadu SAKIT PERUT lebih kurang 2 3 minggu sebelum di masukkan ke ward.  Kami suruh p jumpa doktor, arwah tak nak, dah lambat baru pergi.  Dan aku terkilan juga sebab arwah cakap dia gastrik jer.  Aku tanya "bleeding tak". Arwah cakap "belum lagi".  So aku cakap, ha belum teruk lagi lah gastrik tu. Sebab aku pernah kena sampai bleeding dan tak dibenarkan makan nasik selama lebih kurang sebulan ke dua bulan.  Last year aku sekali lagi sakit perut dan sepatutnya go for operation pada 1 Ramadhan.  tapi aku nekad tak nak pergi sebab aku nak pergi haji dalam keadaan "tanpa parut jahitan". aku kata, nak operate ke apa ke, tunggu lepas balik haji.  Dan alhamdulillah, balik haji, kesihatan aku beransur baik... dan sungguh tak sangka, arwah pulak yang sakit secara tiba-tiba dan pergi begitu pantas. Dalam tempoh sebulan lebih sahaja selepas mengadu sakit, dan hanya 19 hari di hospital.)

Al- fatihah...

1 comment:

  1. Sedih... Kalo mummy yg pergi dulu, ada yg ingat mummy tak.. huhuhu T_T

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)