Thursday, December 31, 2009

Percutian yang hebat

Salam....
Ayat sentiasa nak hebat... sebenarnya aku kena keja pada cuti hari natal yang lalu... tapi dalam perjalanan aku sempat menghargai dan menghayati indahnya alam ciptaan Allah...


ne gambar upon arrival...
subhanallah it was so beutiful and so cold and cool...
subhanallah...
sangat indah...
ne pulak gambar masa tgh bersiap utk ke kerja... selak langsir tingkap, dalam 7.00am, dan nampak segaris kabus merentasi padang yang begitu indah...
terus ambil kamera dan shoot...
subhanallah...
sungguh indah...
harap dapat ke sana lagi bersama insan-insan tersayang, Amen...



ne gambar dari cafe...

Selamat Tahun Baru
1431 H dan 2010M
Semoga Redha Allah mengiringi perjalanan hidup kita.
Dimudahkan segala urusan dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Nya...
Ameen...
"Your time is limited, so don't waste it living someone else's life.'
'Wherever you go, no matter what the weather, always bring your own sunshine.'

Thursday, December 24, 2009

Hari Asyura

Salam...
Dikongsikan...
27 Disember 2009 = 10 Muharam 1431H

Week 51 / 2009

Salam...

Nothing is interesting if u r not interested.

Yeah…. It seems tat I agree with this statement… tapi yg susah nya nak belajar suka apa yang kita dapat bila mana we r not able to get what we like.

This week rasa macam tak best jer…. Gloomy jer rasa to do anything. Macam @#$%^&(*&^$%) public holiday ne kena g panjat gunung lagi… hampeh betul. Lepastu kena drive utk 5 jam pulak. Dah macam triathlon pun ada.

Ne hamper depan mata tak dapat nak bukak… apahal la tak bukak masa kat genting hari tu. Bikin susah saja mau gather balik just to bukak this hamper. Kadang2 cabutan bertuah belum tentu bertuah.

Paper to write langsung tak bersentuh. Blur…. Macam dah hilang “good brain” to write.
Oh Allah – pls give me good ilham to complete all the documents.

Semalam spend dekat 200 gak le membeli belah – bak kata kak ara – menyumbang kepada KDNK Negara… ngeee… tu baru aku…. Campur budak bertiga tu adala lebih 5ratus… dapat la baucer 50hinggit. (tak ada expired date melainkan kalau tuan punya baucer tu yang expired – hihihi )

Semalam jugak gagal dpt kan sticker kete sebab kete atas nama along. Nak kena buat surat la apa segala bagai. Macam sengal... bagitau la awal2 kat surat haritu bagi kenderaan bukan atas nama sendiri sila sediakan surat kebenaran. Mmg bikin susah saja. Rasa bengang sikit. Kalau rumah along tu 3 km jer boleh la g ”hello along, may i get ur signiture” ... kalau dah 300km... apa kes.... yang aku pun cam ntahhapahapantah juga. Yang jujur sgt tu apahal.... sign jer la on behalf.... bukan tak biasa buat... yang kali ne gatal mulut g tanya tu apa kes. Padan muka tak dapat sticker. Tapi diaorang bagi sticker aku kat orang lain – siap la korang – aku lancar PERANG kat korang.... siap la...
(ne dipanggil kes MEM – BANGAU lagi)....

Well rsnya it just not my week la this week. Hope e’thing will be fine for the rest of tomorrow, n the next day, the next day, the next day... and till the day i leave the world in peace and bless…

Tuesday, December 22, 2009

Happy Anniversary


Kenangan 17 Disember 2009

Hotel Seri Malaysia, Genting Highland.


Happy Anniversary to all my dearest frens...

(p/s: thanx to you also who gave me a box full with yummy strawbery)

Wednesday, December 2, 2009

BADI PROGRAMMING

Assalamulaikum wbt...
TIDAAAAAAAAAAAAAAAAAAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK
HWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
LARIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII
(nota: gambar gagal upload)
Ini adalah reaksi aku apabila diarahkan g training system yang apa tah namanya aku pun tak pernah dengar..... (tapi sekarang sudah tahu... dan telah berperangai macam BAGUS)
Aku rasa aku ngan programming ne macam tak boleh dipisahkan nak kata badi macam kasar benar bunyinya... so buddy la.... (tak ikhlas langsung)...

Tapi seriously dah nangis 7 petala langit (TIPU) masa kena p training n in another words, will be part of the migration data team (habes r... jangan sampai pencen tak siap kau bagi aku).....

Mula cam yakin tahap supernova sebab ada 2 lagi officer akan turut serta lepastu depa kena g wat menda lain yang juga tidak dapat dielakkan dan mereka telah mewakilkan kepada anggota bawahan mereka... ne big boss tak tau ne diaorang hantar wakil lain yang bukan officer... memandangkan aku jer officer yang g aku mmg rasa nak nangis nyorok dalam drawer.... kang papehal mesti sure 300% boss cari aku dulu... huhuhu

Programming yang merupakan subjek paling dibenci pulak tu masa zaman mudamudi dulu.... Sebelum balik a day before p, siap search hapa kebenda la software yang diaorang pakai.... malam siap termimpi2 nangis dalam bilik training.....
Tapi semasa hari kejadian.... tada.... aku berjaya... rasa nak lompat berpusing-pusing seperti sailormoon sambil menjerit... BOSS I DAH BERJAYA.... HEHEHE....

Blah ar..... baru berjaya upload satu set dalam database dah rasa glory giler dalam hati.... buat sehari suntuk pulak tu..... tapi ok la kan... kira success juga la daripada ERROR jer memanjang... rasa kecik betul duduk dalam bilik orang2 IT yang mempandang rendah kat statistician ne.... blah ar korang.... macam bagus (ermmm tapi mmg korang bagus pun dalam IT.... hahaha... aku suh korang kira ralat piawai ne karang baru kau tahu)......

hahahaha......(nota; kejadian khamis dan jumaat 3&4 Dis lalu)

Lepastu ahad kena bagi taklimat - sistem; samapai 11 malam pulak tu - over kau... (kan dah kata BADI eh tak tak.... buddy)...
Aku bagi portion aku jer... hampeh betul states ne... nak juga tanya luar skop keje aku... kalo aku jawab kang takut bagi mazhab sesat... pastu dah jadi model tayang muka cun kat depan bila terpaksa mentepis dan mentapis segala soalan ntahapahapantah dari diaorang. tu r boss mai cakap. "dia orang saja nak suruh awak diri depan tu lama2" . ha yerla ... nasib baik angin aku baik, dan terang hati nak jawab soalan2 cepu emas states.... kalau tak, mmg dah gelabah gila...tapi mmg alhamdulillah la aku rasa aku mmg cool amat jawab soalan2 tu. tak reti pun buat muka cool dan penuh ilmiah di tambah dengan iltizam mencari jawapan... last2 g appoint kat subject matter suh diaorang jawab... hahaha...bijak bijak... pas states kena marah ngn tpb mai, terus depa diam... hahaha... sapa suh ty yang tak bertepatan ngn liputan pembentangan aku... tak per yang penting bukan aku marah diaorang... kang diaorang sabotaj data sistem aku... ha nangis lagi... aku malas bab2 gaduh ngan states ne...rekod dah kureng dah ngn states... atau control cun mungkinkah kerna anda yang dah kerut2 muka tersengih2 secara macho kerana aku mengkutuk negeri beliau sebagai contoh.... hahaha... sorry ya ... sapa suruh kau kata kau malas... kau ingat aku rajin nak betul kan utk kauorang semua... beribu line tau tak sistem error gara2 KORANG MALAS.
(nota1: gambar gagal upload... blogspot bengong ke, atau server ne bengong)
(nota2: yea haaaa... peperiksaan di kawasan pergunungan yang hebat....bersama orang yang hebat? ye betul semua hebat.... anda bagaimana???)
(nota3: GPS diperlukan... nenongnenongnenong...)







Monday, November 30, 2009

Paling baik

Manusia yang paling baik di sisi Allah adalah manusia yang paling banyak manfaat kepada manusia lain...

Jadi jangan takut untuk buat baik terhadap orang lain. Dalam bekerja, dalam bersahabat, bahkan dalam apa jua yang dilakukan setiap hari setiap saat dan setiap ketika...

Friday, November 20, 2009

Duduk Lama Boleh Bawa Maut - DVT

Assalamualaikum wbt...

NE COPY DARI EMEL - ADA ORANG HANTAR - USEFUL TO SHARE.
KALAU ANYONE HAVE COMMENTS ON THIS, PLS SHARE.

nota: sejauh mana kebenaran tak tahu, tapi pernah menimpa seorang customer kami di S'pore semasa aku kerja di JB dulu. dalam article tu dipanggil SINDROM 'M' . M not equals to MALAS, but M=Money. sebab gila kerja, non-stop ngadap pc, nak cari duit for survival, akhirnya membawa maut kepada beliau. tak dapat nak paste kan cerita ttg beliau sebab ia dalam format news paper cuting. - nhhas
**************************** ///************************************************
Pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing meletakkan nyawa mereka pada risiko tinggi, kata penyelidik.
Institut Penyelidikan Perubatan di New Zealand mendapati mereka berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku yang boleh membawa maut. Penyelidik mendapat satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana menghidap trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau pembekuan darah, adalah pekerja pejabat yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer. Kajian akan disiarkan dalam New Zealand Medical Journal. DVT ialah pembentukan darah beku dalam pembunuh darah vena, terutama di kaki. Pembekuan boleh merebak ke hati, paru-paru atau otak, menyebabkan sakit dada, sesak nafas dan kemungkinan maut disebabkan serangan jantung atau angin ahmar.
Keadaan itu juga digelar sebagai 'sindrom kelas ekonomi' kerana penumpang yang duduk dalam penerbangan jarak jauh tanpa ruang untuk meregangkan badan, dianggap paling berisiko menghadapi masalah itu.
Penyelidik New Zealand memeriksa contoh 62 pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan masalah darah beku, dan mendapati 34 peratus daripadanya duduk di meja mereka untuk jangka waktu lama.
Sebagai perbandingan, 21 peratus baru-baru ini menaiki penerbangan jarak jauh. Bagaimanapun, penyelidik menerima bahawa lebih ramai duduk di meja mereka dalam jangka panjang berbanding berada dalam penerbangan jarak jauh. Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley, berkata sebahagian pekerja pejabat yang menghidap masalah itu duduk di depan skrin di meja mereka selama 14 jam sehari. "Sebahagian daripada mereka duduk berterusan selama tiga atau empat jam pada satu-satu masa tanpa bangun langsung," katanya.
Profesor Beasley berkata, masalah ialah yang paling biasa dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.Pakar Psikologi dan Kesihatan Universiti Lancaster, Profesor Cary Cooper, berkata dia tidak terperanjat dengan penemuan itu.Katanya, orang ramai bekerja lebih lama berbanding sebelum ini, dan selalunya tidak menikmati rehat makan tengah hari dengan sempurna, sebaliknya cuma mengambil sandwic sambil melayan emel."
Pekerja pejabat tidak bangun dan berjalan seperti yang mereka pernah lakukan," katanya.DVT menjejaskan kira-kira 100,000 orang dan membunuh sehingga 1,000 pesakit di Britain setiap tahun

Thursday, November 19, 2009

Time is Life


Assalamualaikum wbt...
Hari ini macam erm SURPRISE starting la . erm ada ke istilah tu, hah suka hati la istilah apa pun nak pakai.
Bermula dengan bangun pagi yang lambat iaitu pada pukul 6.30 pagi, skrg subuh awal, so cepat2 la g solat. Pastu lepas ngaji apa semua, baru lah terhegeh-hegeh nak gosok baju. And hari ni pulak khamis = hari batik sekerajaan Malaysia. Maka nk kena berchenta pulak menggosok baju (mgu ne outstation so tak sempat iron baju bnyk2 pd hjg mgu). Masa tu dah 7.15pg. sebenarnya aku ada mesyuarat pagi ne pukul 8 (ala mesyauarat yang slalu dia suka buat pukul 7.30 pagi tu, memandangkan ramai senior tak dpt datang awal, sekarang dia dh generous sikit, meeting begin at 8 a.m.
Tapi aku ne punya selamba yaya nyer pagi ne, masa gosok baju batik yang leceh tu, dalam kepala dah bayang nak g basuh pinggan pulak. Hahaha… sebab malam tadi dah letih sangat, nyambil tgk tv, last2 tertidur, dishes semua tak basuh. Kalau aku tak basuh pagi ne, balik kejer karang, abis semua BEST FRENS = EN. SEMUT datang tolong BASUH PINGGAN. Nnt kang aku stress balik keje, dapur n sinki semua penuh semut, tak pasal2 menjadi pembunuh semut. Then selepas menjadi pembunuh semut merangkap mak cik cleaner, hah langsung letih malas masak, kang makan roti bakar sahaja.
Huhuhu.. so lepas gosok baju, dalam 7.30pagi tu g basuh pinggan pulak kat dapur. Dengan periuk kuali semua lah sekali. Jeng-jeng... sampai 7.40. pastu kelam kelibut pulak bersiap nak g keje. Hah nasib baik la bukan spesis diva ke jelitawan ke hapa, jadi tempek bedak muka sikit (sekarang dah pandai pakai blusher weh... lepas kena tegur ngan staff; apsal aku g keje tak pakai blusher – hehehe... mentang2 la dia kaki melaram, ada ke patut dia men sound bossnya sekali supaya disuruh make up – tak kuasa; cukup la letak compact powder ngn blusher n lip gloss – hahaha...lipstic pun tak pernah ada – geli ar nak pakai) takpe2 aku mmg dah semula jadi JELITA ... hahaha.... by the time aku bersiap, jeng jeng jeng... dah 7.50 pagi (nota: mesyuarat pukul 8pg) hahaha... aku dah cuak dah... kete pulak kat basement sebab semalam balik lambat parking depan umah dah penuh so letak le kat basement; maka cepat2 excercise g lari ke basement, masuk kete dah 7.57, confirm aku lambat. Hah alhamdulillah aku kan cekap gile putrajaya ne (berlagak kau blah skrang) so w/pun jalan jam, berjaya mencelah mencari jalan pintas, dan tiba di pejabat dalam 10 minit gitu....
Masuk opis, alammak, mana semua officer dah tak ada (dalam hati habis la aku sorang jer lambat). Sekali en.A kuar ngn muka worry gila. Aku ingat sebab aku lambat dalam bilik meeting tu habis semua kena skolah rupa2 nya...

//“huda ada g mana2 ke pagi ne”. //
*/tak ada, g meeting ngn korang la – dah start eh? Semua dah masuk eh... alamak abis r... angin boss baik tak pagi ne? /*
// sebenarnya semua pun tak datang lagi. Cik K g kusus, En. J ada meeting, En. I tak tiba lagi n rasanya dia ada meeting, Cik A ngn Pn Z pun tak nampak muka lagi... awak pun baru sampai - nak g update kat boss ne, kang dia masuk2 tgk2 tak ada orang kena marah pulak//

So setelah en.A g update boss, maka, meeting di tangguhkan ke pukul 2.00 petang sebab boss pun ada keje nak buat before dia g Mt.Eliza mgu depan. So aku ne yang tiba pukul 8.08 pg td, tak duduk la lagi kat kerusi aku sebab rushing g bukak pc, cari dokumen hapa semua, so bila dimaklumkan meeting ditangguhkan, aku terus la mengucapkan syukur dan duduk.. jeng jeng jeng... tiba2 rasa basah, dan rupa2nya AIR TUMPAH atas kerusi aku tak perasan.,... hwaaaa.. habis baju basah. Air tumpah dalam bag keje plak tu.... habis semua dokumen aku basah.... handphone yg baru baik DEMAM (sbb jatuh kat lantai toilet mgu lepas), pun turut basah sekali lagi – aku g JEMUR handset kat balakang meja- mtk2 jgn la rosak – tak der bajet lak nk g beli baru ne)....
Cepat2 lari g toilet g kering kang baju kat hand dryer ... huhuhu...
macam2 hal lah pagi ne......

Thursday, November 12, 2009

Quotes



Rational:
1. i like the quotes
2. i like the car - really frustrated b'cos can't get even 1 car @ kfc - reall geram
3. geram @ somebody & something
Source: Sis Zabrina

Wednesday, November 11, 2009

GPS vs GIS


Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Inginku cuba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu oh kekasih.
(nota: tiada kaitan dengan yang hidup maupun benda bukan hidup - cuma gps ne ngek rupanya)

Harus

Menyayi ini sebernarnya jatuh dalam hukum HARUS.
Kamu tahu apa maknanya HARUS? (tanya en.boss) then tanpa aku menjawabnya en.boss menyambung;
HARUS ialah yang boleh dilakukan tetapi adalah lebih wajar dicari alternatif lain yang lebih baik.

SUNAT itu adalah sesuatu yang lebih baik dilakukan daripada ditinggalkan.
MAKHRUH adalah sesuatu yang lebih baik ditinggalkan daripada dilakukan
HARAM ialah mesti ditinggalkan.
WAJIB ialah yang mesti dilakukan.

Maka, HARUS berada di tengah–tengah nya di mana ianya boleh dilakukan sekiranya tidak mempunyai alternatif lain tetapi adalah lebih wajar dicari alternatif lain sekiranya ada.

Contoh, makan daging khinzir itu adalah HARAM hukumnya tetapi dalam keadaan darurat yang terlampau / sehingga berada diambah maut (mungkin) adalah dibolehkan memakannya sekadarnya sahaja bukan sehingga kenyang.

Begitu juga menyanyi. Ianya dibolehkan sebagai hiburan tetapi sekiranya ada alternatif lain ianya wajar ditinggalkan dan menggunakan alternatif lain yang lebih baik. Tapi sekarang keadaan dah banyak terbalik kan....

(sekian seadanya – tiba – tiba masa masuk bilik boss semalam ada discussion dia bagi knowledge sharing seketika – layan kan sahaja lah – thanks boss)

Monday, November 2, 2009

Orang kecil vs Orang Besar

Orang Kecil ialah orang yang memandang kecil kebaikan yang dibuat dan memandang kecil juga dosa yang dilakukan tidak kira sama ada kebaikan/ dosa itu besar apatah lagi kecil (pada anggapannya).

Orang Besar ialah orang yang memandang besar kebaikan yang dibuat dan memandang besar juga dosa yang dilakukan walaupun kebaikan/ dosa itu kecil.

”Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat dzarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)”
”Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)”
Surah Az-Zalzalah – ayat 7 - 8

Jadi, anda nak jadi orang kecil ker orang besar?

Thursday, October 29, 2009

Love vs Time

Once upon a time all feelings and emotions went to a coastal island for a vacation. According to their nature, each was having a good time. Suddenly, a warning of an impending storm was announced and everyone was advised to evacuate the island.

The announcement caused sudden panic. All rushed to their boats. Even damaged boats were quickly repaired and commissioned for duty.

Yet, Love did not wish to flee quickly. There was so much to do. But as the clouds darkened, Love realised it was time to leave. Alas, there were no boats to spare. Love looked around with hope.

Just then Prosperity passed by in a luxurious boat. Love shouted, “Prosperity, could you please take me in your boat?”
“No,” replied Prosperity, “my boat is full of precious possessions, gold and silver. There is no place for you.”

A little later Vanity came by in a beautiful boat. Again Love shouted, “Could you help me, Vanity? I am stranded and need a lift. Please take me with you.”
Vanity responded haughtily, “No, I cannot take you with me. My boat will get soiled with your muddy feet.”

Sorrow passed by after some time. Again, Love asked for help. But it was to no avail. “No, I cannot take you with me. I am so sad. I want to be by myself.”

When Happiness passed by a few minutes later, Love again called for help. But Happiness was so happy that it did not look around, hardly concerned about anyone.

Love was growing restless and dejected. Just then somebody called out, “Come Love, I will take you with me.” Love did not know who was being so magnanimous, but jumped on to the boat, greatly relieved that she would reach a safe place.

On getting off the boat, Love met Knowledge. Puzzled, Love inquired, “Knowledge, do you know who so generously gave me a lift just when no one else wished to help?”
Knowledge smiled, “Oh, that was Time.”
“And why would Time stop to pick me and take me to safety?” Love wondered.

Knowledge smiled with deep wisdom and replied, “Because only Time knows your true greatness and what you are capable of. Only Love can bring peace and great happiness in this world.”

“The important message is that when we are prosperous, we overlook love. When we feel important, we forget love. Even in happiness and sorrow we forget love. Only with time do we realize the importance of love. Why wait that long? Why not make love a part of your life today?”

Enjoy Your Life

Life is A Gift.

Today before you think of saying an unkind word
Think of someone who can’t speak.

Before you complain about the taste of your food
Think of someone who has nothing to eat.

Before you complain about your husband or wife
Think of someone who’s crying out for a companion.

Today before you complain about life
Think of someone who went too early to heaven/hell.

Before you complain about your children
Think of someone who desires children but they’re barren.

Before you argue about your dirty house, someone didn’t clean or sweep
Think of the people who are living in the streets.

Before whining about the distance you drive
Think of someone who walks the same distance with their feet.

And when you are tired and complain about your job
Think of the unemployed, the disabled and those who wished they had your job.

But before you think of pointing the finger or condemning another
Remember that not one of us are without sin and we all answer to one maker.

And when depressing thoughts seem to get you down
Put a smile on your face and thank — you’re alive and still around.

Life is a gift – Live it, Enjoy it, Celebrate it, And Fulfill it.
Nothing is interesting if you are not interested...
yeah...I'm agree with this phrase too... Good Luck Everyone...
Life is Short So Live It Sweet :)

Sunday, October 18, 2009

Sihat Sebelum Sakit

Salam,

Ingat 5 perkara... sebelum 5 perkara...
sihat sebelum sakit...
muda sebelum tua...
kaya sebelum miskin...
lapang sebelum sempit...
hidupppp sebelum mati...

Demkian lah bagi manusia yang ingin mengambil iktibar.

Sihat Sebelum Sakit

Hari ini dalam sejarah. Akceli semalam - sabtu; 17 Okt 2009, aku telah dimasukkan ke wad pada jam 4.00 petang, dan menjalani pembedahan pada jam 5.30 petang. Aku pun tak tau nak cakap apa sebenarnya melainkan HARGAILAH NIKMAT KESIHATAN YANG ALLAH BAGI. Seriously tak best langsung jatuh sakit dan mensusahkan semua orang yang tersayang. 15 kali aku tanya nurse tu bila aku boleh balik. 2hari lagi dia tahan aku mau aku hilang sabar duduk dalam wad tu.... huhuhu... nasibbaik dok private hopital, dapat la treatment good. kau ingat masuk "siptal free" blh ker masuk 4ptg operate 5.30 petang, melainkan ayah kau pengarah spital tu.... huhuhu...bengang tiub darah 20 tiub tak habis lagi neh....

Muda Sebelum Tua

Ni pun sama... betapa aku merindui zaman kanak2, teenage, zaman masuk U. sekarang rasa macam "tua" pulak dah.... jadi aku berazam untuk menghargai zaman muda aku supaya ada "bekalan" untuk di bawa "pulang". yer la, mati tu tak tunggu tua yer dak... sapa tau pukul 5ptg jumaat aku blh bermesyuarat, tetiba sabtu masuk spital kena operate lagi....

Kaya Sebelum Miskin

huish... alhamdulillah... nasibbaik ada kerja, ada duit dan ada insurans... ALHAMDULILLAH. aku ckp kt along, tak dapat claim insurans bayar spital ne, aku terminate polisi aku... huhuhu... harap2, Insya Allah dapat claim tu. sebulan gaji tu bayar bil spital... ayoo ma ayoo pa....

Lapang sebelum Sempit

Yeah absolutely rite.... tomorrow is always the busiest day ... so jangan tangguh walau sesaat pun apa yang anda boleh kerja kan ketika ini walau pun sekadar utk mengucapkan - Alhamdulillah atau/dan "Huda san...aishiteeru"...hihihi

Hidup Sebelum Mati

Ini....kalau tak insaf lagi aku pun tak tau lah nak cakap.... Allahuakbar.... mudah2 an Allah menjempunt aku pulang dalam keadaan telah mendapat keampunan Nya, dan pulang dalam mengImani Nya... Lailahaillallah......

nihas (seminggu mc- tapi aku ada course to attend and work to do...) huhuhuhu....

Thursday, October 15, 2009

Raya Lagi...lagi lagi raya...

Salam...
Jamuan Raya my division on Tuesday; 13 Okt 2009 (24 Syawal 1430H).
Sangat meriah walaupun hanya dibuat secara kecil-kecilan di bahagian kami sewaktu lunch, tapi berkat kerjasama dari semua staff, majlis sejam itu berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dan bermakna ...seperti kata ming, ta' dan ming ming juga - Apa yang penting KERJASAMA...

.....tadaaa......






menu of the day sangat banyak sampai tak terlist kan - menu dibuat secara pot luck dan sharing is caring for the rm...hihihihi

Salam selautan kasih sayang....nhhas

Wednesday, October 14, 2009

Da Open House

Salam,

Sabtu lepas, 10 Okt 2009 ber=an 21 Syawal 1430H, aku buat julung kalinya telah menganjurkan HARI BERSAMA PELANGGAN a.k.a. bahasa aidilfitrinya ialah OPEN HOUSE.
Apsal ntah menganggap rakan dan taulan sebagai ”pelanggan”... buruk betul perangai.

Hmm macam2 terjadi nak menyampaikan ke hari Sabtu. Jumaat yang aku patut cuti untuk mula memasak dan p pasar n pasarr aya tu pun terpaksa tak boleh cuti gara2 kena siapkan things to bring to sarawak. Mulanya aku pun kena p sarawak, tapi aku terpaksa minta pertimbangan peri kemanusiaan boss supaya dia jer yang p sebab aku dah invite SATU MALAYA untuk datang open house rumah aku... kot karang malu secara seumur hidup pula tetiba anta emel dan sms ”Open House Rumah saya Di Batalkan” ... Abis la malu rasa nak nyorok dalam drawer jer muka yang tulus mulus umpama menyorokkan bunga ros dalam almari... eh eh ne pepatah apa ne nak kena patahkan iklan ne sebelum ia melarat. Ok back to da strory.

Ingatkan before lunch tu aku sempat la brief boss ttg dokumen2 yg aku dah siapkan, supaya aku blh balik awal, tapi malangnya boss mesyuarat secara marathon. Kutukan telah berlaku di dalam hati (uish berdosa...astaghfirullaladzim) tapi at the same time tahap kasihan secara insan yang penuh peri kemanusiaan, telah mengheret aku tgu boss balik pejabat pada jam 6.30 ptg. Dipendekkan cerita (sebb ne bkn entry pasal BANTU LAH BOSS ANDA), maka aku balik rumah pada pukul 8 malam.

Aku berasa amat kesal sehingga ke hari ini kerana mama terpaksa masak sorang2... Ya Allah kalau gini gayanya, next time aku fikir 18 kali nak buat open house kerana telah mensusah kan mama masak sorang2 gara2 BOSS.

Balik rumah aku terus mandi, dan bantu mama kat dapur. Tapi semua dah hampir siap. Tinggal mee kari, rendang ayam, nasi impit dan kuah kacang jer yang belum selesai. Cepat2 potong bawang segala bagai... main campak2 dalam kuali ngn periuk.

Mama buat nasi impit dgn kuah kacang, aku plak masak rendang ayam. Mee kari aku buat keesokan harinya. Nak buat coklat kek dan puding pun langsung tak sempat. Lagipun fridge dah overload.

Mama tidur pada pukul 3 pagi, dan aku pulak tidur pada pukul 5.15 pagi...



Ne rupa bahan nak masak rendang pedas bila diletakkan dalam kuali - 5 ekor ayam.

Masuk pula fasa hari kejadian; Sabtu 10 Okt 2009 (6.00 pagi – 11.00 malam)

Bangun pagi tu, mama suruh p pasar. Aku konpius tahap supernova nak beli apa lagi mama neh... tapi sebagai SYMP, aku p jer la pasar, beli taufu, taugeh, santan
(padahal mama dah beli 10Kg santan, tapi kena beli lagi 3kg – standby untuk masak kuah mee kari in case tatamu yang hadir adalah over estimate). Pastu beli ikan sikit. Huhuhu. Kat pasar boss telefon tanpa henti. Mana nak bawak santan ngn taugeh 6kg berat tak tipu, ikan lagi, sayur lagi, nak jawab telefon lagi... stress aku.... pastu balik hantar barang2 g pasar kat rumah, terus shoot g carefour plak beli barang2 lain – air mineral; sbb takut tak sempat sejukkan air masak, beli nuggets; sebab 2hari sebelum tu cari tp xda dijual, cordial pun baru terhegeh2 nak cari, pastu tisu dapur pulak habis (aku tak ingat bila kali terakhir aku membeli belah sebab aku agak bizi lately ne... guna sehabis-habisnya barang yang ada kat rumah).
Aku call la kawan2 baik aku mintak tolong datang umah awal sikit untuk tolong mama.... aku sampai rumah, pukul 11, mama dah pun selesai menyediakan kuah mee kari yang delicious tu. SANGAT TERRE LA CHEFF MAMA – TERBAIK DI DUNIA. So aku g mandi dulu sebab sumpah dah busuk bau pasar semua ada. Then kiteorang potong2 apa yang patut, kek, lemang, buat air dan sebagai nya, maka terjadilah perkara berikut:

Tadaaaaa......


Menu of the day (lemang, rendang tok, rendang pedas, nasi impit, kuah kacang, mee kari, air buah, air sarsi, air makmal, kek lapis sarawak, kek butter, dll)

Ne pulak adalah cheff mama bersama anak dan anak buahnya....
Ne pulak gambar pembantu – pembantu kanan cheff mama.

Boy tak berapa membantu memasak jumaat malam tu sebab abis la rendang aku kalau aku suruh dia potong bawang, halia serai segala bagai... kot karang semua saiz raksasa semuanya... hehehe teruk aku mempandang rendah kat budak tu... tapi malam tu mama suruh boy g ambik lemang yang telah di order sebanyak 10 batang + 1 batang pakcik lemang tu bagi free. Pagi sabtu tu pulak boy ada kelas.... tension betul, tak ada adik utk aku buli.... huhuhu... Abah pulak kena semput dan macam nak kena serangan asthma sekali lagi... maka kami tak bagi abah buat sebarang kerja, hanya PAKSA abah duduk sahaja di ruang tamu... kesian abah. Selalunya abah mesti bantu macam2...ne abah sempat mop rumah sekali lagi jer pagi tu, walaupun aku dah mop dah lantai sebelum tu tp abah cakap nnt dah masak2 pagi tadi, lantai minyak balik.....Adik ambik kontrak basuh pinggan sebab dia sampai lambat dari KMS. Tapi malam tu siap boy kena basuh pinggan ngn mop rumah b= si fadhil.


Photographer – You are Fired
Hah ne cerita best ne... tak ada banyak gambar yang berjaya di ambil jadi langsung tak ada gambar menunjukkan kemeriahan open house tersebut kerana KAMERA HABIS BATERI (nota: dah beli kamera baru....fewwitttt)

Malam tu abah dah pesan spy cek bateri kamera, dengan penuh yakinnya aku kata dah ok.... pagi tu masa dah selesai hidang, aku, mama dan rakan2 yang membantu pun berposing la ambik gambar, tiba2 kamera bateri kong.... dan aku macam org histeria jer jerit
”Abahhhhhh... bateri kamera kong.... hwaaaaa.....”
Masa tu dah pukul 12 tgh hari...Hahahha.... tu lah abah suruh cek, berlagak sangat dah penuh.... PADAN MUKA aku.... sekali lagi PADAN MUKA aku... abah ambik kamera bawak p charge...
Pukul 1, abah siap2 g solat zohor kat surau bawah rumah.... pukul 1.15 ptg, tetamu mula hadir, dimulakan dengan staff bahagian aku, asri and his family, pastu staff2 yg lain, eisyah, k-rul, hilmi, zikri. Masa aku g solat zohor, after selesai solat aku macam dah nak terduduk sebab sangat ramai tetamu yang hadir. Aku tak espect langsung.... dalam kekelam kabutan melayan tetamu yang hadir sekali lagi aku terlupa tentang kamera... tetamu sangat2 ramai yang hadir. Atas tu jer gambar yang sempat di ambil. Jadi, tiadalah gambar semasa majlis... so dengan ini aku memecat diri sendiri selaku photographer.

Kisah bilangan tetamu.

Mama tanya ”angah jemput berapa ramai?”
Jemput memang la ramai. Tapi ramai juga yang tak ada sebab g sarawak la, kursus la, meeting la, kenduri kawin la, open house lain la. Mcam2 la kisah dongeng. Ditambah pulak dgn tetamu yg di invite tidak memberi makluman hadir/ tak. Maka aku selamba jer sebut kat mama....
”erm, jemput ramai tapi ramai juga yang ada hal lain. So agak2 maksimum pun 50 orang jer kot”.

Tapi sebab macam was2 dgn diri sendiri, aku ngn mama standby mee kari in case tetamu yang datang adalah ramai. Dan terbukti mmg sangat ramai. Sampai along yg kat penang pun dah marah sebab tak der orang perasan dia call dan sms
//weh kome...ate semuanya bizi bebeno ke sampai xder yg reply sms akak//...
sms along yang marah kt kiteorang semua. J

Yer la aku invite tetamu from 2.00 pm – 6.30 pm, tapi tetamu yang hadir dari 1.15 pm – 11.malam baru berjaya tutup pintu rumah.

Kenangan terindah - Jalinan Ukhuwah

Hmmm alhamdulillah selesai sudah my open house yang belum pernah aku buat semenjak aku dah kerja 3 tahun ne. Apapun pada sabtu tu, walaupun penat tapi happy sangat. Dapat jumpa :
1. Rakan2 lama masa skool; Faridah – lama sangat aku tak jumpa dia... hah dia la tetamu terakhir aku, sampai rumah pukul 10.15 malam dan pulang pada pukul 11malam....sib baik best fren, kalau tak mmg dah tak bagi masuk dah... hihihihi,


2. Rakan2 lama masa aku praktikal kat perodua, - Kak Yan yg aku tumpang kete dia setiap hari utk g perodua, kak jue, kak nadhirah, dan ili.

3. Dapat jumpa Kak wani yg menjadi kakak angkat kat U, asyik kena buli jer ngn kiteorang suruh masak macam2. hihihi. Kak wani datang tak bagi tau nasib baik dia tak sesat. Konon nak bagi surprise, kalau dia sesat nampaknya dia la yg surprise. Hihihi...


Sebenarnya aku ne tak glamour langsung walau kat mana pun aku pergi, jadi aku tak expect boleh menerima kunjungan tetamu seramai 130 orang (anggaran). 100 orang kawan aku, selebihnya kawan2 abah, boy dan sedara mara. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang hadir :

DCD (Pn. Faridah & suami, Cik Kham, En. Miey & family, Asri &fmly, Eisyah, Khairul, Zikri, En.Raja &isteri, K.Mariah&family,K.Tini & family, K.Siti Rahmah & family, K.Fidah & family, K.Misnah & family, Azhar, Ijan & suami, Hilmi, Intan & kakaknyer, Khairil)
Division lain (Kak Linda, Sha, Pn K &family)
Best Fren (Cik Na, Kak Ros, Ecah, Nani, Mai, Lyn
Best Fren Skool (Thy, Faridah n her frens)
Fren @ Perodua (Kak Yan, Kak Jue, Kak Nadhirah, Ili)
Fren @ Universiti (Kak Alwani & family, Roy n fren)
Fren @ Taj (Inah & frens, Hadi, Haris)
Family Members (Mak andak & family, Cik Farid & family)
Orang Surau, Hajah Mahawa & family,
Jiran (Kak Shima & family, Akak depan pintu rumah & family, Akak Upper Floor, Auntie Lower Floor) dn Kawan2 Boy.

Lautan Kasih Sayang dan Terima Kasih...
Sayang buat mama, ayah, boy, adik, fadhil, cik na, ecah, thy yang telah bersusah payah menjadikan open house of the year ne satu reality yang suksess.
Thanx to Kakina sebab tolong ambik adik kat tren station – aku tak sempat keluar rumah dah….

May Allah Bless All of Us....
Salam Kasih Sayang….
nhhas.

Wednesday, October 7, 2009

Inspirational Words...

Inspirational Words...

Ada yang bertanya kenapa aku lebih gemarkan kad ucapan berbanding hadiah yang berbentuk material. sapa kata neh. Kau bagi aku handbag ghega 300rm confirm eden suko, bingung la tu kalau eden tak suko. Tapi daripada ekau buang tiga belas hengget beli hadiah bukan2, eden lebih suka ekau bagi eden buku ka, or kad ucapan yang kreatif lagi penuh inspirasi dan motivasi sebab ; Words that enlighten the soul are more precious than jewels. Ecececewah... ayat tak nak kalah. Ne menurut kata Inayat Khan la. Walaupun aku berpendapat both I LIKE the most; words, n jewels. (hahaha...tamak).

Tak... sebab nya kalau kawan2 bagi aku kad ucapan, tak la membebankan sangat nak beli kan + boleh simpan sampai kad tu reput atau di makan anai-anai (tu pun kalau aku tak jaga betul2 la) hihihi... handbag 3ratus tu mama, along ngn adik bongsu aku jer yang tergamak nak bagi. Hihihi... high taste depa tiga orang ne. Aku lagi high, rasa nak yang 3ribu tuh, tapi bila fikir2 balik, ramai lagi orang miskin ngn anak yatim tak makan, maka aku beli jer la “uncang” ghega spuloh hengget jer… kahkahkah… sampai mak aku, makcik2 aku semua bising cakap aku selekeh. Eh hello, bukan selekeh la… “simple”… jadi memandangkan aku sayang kat diaorang, dan diaorang pun sayang kat aku, diaorang hadiahkan aku handbag yang vogue gitu, so aku pun pakai la sekali sekala especially depan diaorang, saja ambil hati, mana tau esok esok dapat lagi… hahahaha… eh ne cerita apa sebenarnya aku nak story ne… banyak kona kona la budak sorang ne…

Dalam hidup ne, aku percaya what you give you’ll get back. N my besh fren Cikgu Iwani pun suka la nak menambah kata – kata aku dipetik dari pepatah Jepun “If you take something not belongs to you, nature will take it back from you”.

Jadi bagi aku;


JANGAN CURI HAK ORANG dan
TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI YANG MENERIMA.
KALAU TAK DAPAT JADI PEMENANG, JANGAN JADI YANG TEWAS...

(dis ”tangan...” reminds me ttg satu lirik lagu erm tak ingat nama penyanyi tu, aku suka lagu ne since i was a kid:

Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Yang Menerima.
Menolong Orang Jangan Harap Balasannya.
Biar Dengan Ikhlas, Janganlah Separuh Hati.
Tiap Yang Berbakti, Tuhan Akan Memberkati.

Kita sering menyalahkan takdir, melihat sesuatu kepunyaan orang lain adalah lebih baik daripada kita, ingin men transformers kan diri menjadi si A, si B dan si dot..dot...dot...
Walhal sebenarnya tanpa kita sedari, banyak orang nak jadi macam kita. Bak kata pepatah (taktau wujud ke tak pepatah ne, kalau tak, anggap jer ar pepatah baru heh)


Rumput di seberang sungai selalu nampak lebih hijau....

Matlamat sering menghalalkan cara menjadikan seseorang manusia itu hilang prinsip hidupnya (or mungkin dia memang seorang yang tidak berprinsip). W.H.A.

Manusia yang cemerlang dalam hidup adalah manusia yang mempunyai PRINSIP, jelas dengan PRINSIP yang dipegang dan tidak menggadaikan PRINSIP nya dalam memenuhi sesuatu matlamat. Seseorang dengan tujuan yang jelas, akan membuat kemajuan walaupun melalui jalan yang sukar, Tapi seseorang yang tanpa tujuan TIDAK akan mencapai kemajuan, walaupun berada di jalan yang mudah...Matlamat yang jelas di + dengan Keazaman, Komitmen yang tidak berbelah bahagi, Prestasi yang konsisten, Istiqamah dan Yakin kepada Allah dapat memberi kita kekuatan dalam mencapai matlamat hidup.

Persoalannya, berapa ramai yang jelas dengan MATLAMAT HIDUPNYA? Anda....bagaimana?

Nihas (bukan senang nak jadi senang dan tak susah nak jadi susah).


p/s: found an inspirational blog to follow today: Sis Zabrina

Sunday, October 4, 2009

Selepas 16 tahun

Salam,
ALHAMDULILLAH. SEGALA PUJI BAGI ALLAH. SETELAH ENAM BELAS TAHUN BERLALU, ALLAH MENGIZINKAN KAMI UNTUK SEKALI LAGI BERTEMU DALAM KEADAAN YANG SIHAT, TENANG DAN PENUH KEBERKATAN.

Pada sabtu; 3.10.09, dengan izin Allah aku telah dapat bertemu semula dengan seorang sahabat baik ketika di sekolah rendah (darjah 1 – 3) yang telah ENAM BELAS TAHUN tak berjumpa. Dah macam siri jejak kasih pun ada. Hihihi…

Kami berpisah semasa di darjah empat, apabila sahabat aku ne, berpindah bersama keluarganya ke Taman U, Skudai. Pada zaman yang tersebut, tiadalah mempunyai capaian internet. Menda alah internet tu apa pun tak pernah kedengaran pada waktu tersebut. amat kunolah bukan. Kompeter pun dapat tgk kat bilik guru jer masa tu. Tak heran pun dgn menda alah tu masa tu. Hihi... biasalah kampung girl.

Namun, atas dasar setia kawan, kami sering berutus surat. Ulang sekali lagi. BERUTUS SURAT. Maklum lah masa tu mana ada internet emel segala bagai, nak telefon pun kena pakai telefon rumah, Jauh tu nak call JB – Perak. Nanti mak marah bil tinggi. Huhuhu. Maka surat adalah medium berkomunikasi bagi menyambung silaturrahim antara kami.

Ingat lagi masa tu berutus surat, menggunakan sampul surat macam2 corak yang dijual di kedai koperasi sekolah. Aku mempunyai pelbagai koleksi sampul surat pelbagai gaya sehingga ianya telah membentuk hobi pada masa yang tersebut. Bilangan surat yang diutuskan boleh la di frekuensikan sebanyak sekurang-kurangnya dua minggu sekali (agaknya lah kot), dan at the end, surat itu membentuk BERKOTAK - KOTAK SURAT. kahkahkah...

Aku memang menyimpan semua surat dan kad ucapan yang dihantar oleh ayu. Akceli aku jenis yang appreciate apa sahaja yang kawan2 aku bagi, surat ke kad raya ke, kad hari jadi ataupun sekadar secarik kertas yang kawan bagi utk menulis kata2 perangsang, perkara yang baik – baik memang aku simpan. Sampai aku kat U pun memang aku masih mempunyai perangai sedemikian sehinggalah kotak2 dan fail2 simpanan tersebut hilang semasa kenduri kawin along. Huhuhu... Masa kenduri kawin along, ayah simpan semua kotak2 ‘harta’ aku kat kampung, aku pun tak tahu kotak apa yang di bawa pergi, tapi penyudahnya aku kehilangan 2 kotak yang paling aku sayang, 1 kotak yang mengandungi buku – buku biologi, kimia dan keratan tentang KESIHATAN/ Perubatan yang aku simpan since aku skolah, dan kedua kotak yang mengandungi surat, kad2 ucapan dan nota – nota motivasi oleh kawan – kawan. AMAT SEDIH.

(NOTA: aku hanya apprecite pemberian BERNAMA dan kawan2 yang aku kenal dan sayang jer, kalau ada yang terlebih pemurah hantar hadiah TAK BERNAMA; kau guna S.A, hah kirim salam la aku nak bukak. Confirm aku tak bukak. Aku akan pulangkan balik kepada orang perantara or else kalau orang tgh yang menyampaikan tu tak nak ambik, aku biarkan sahaja tersadai kat mana2 yg patut. Aku menyampah betul S.A ne. Langsung tak gentleman. Seriously annoying)

Okey, berbalik kepada cerita dengan ayu tadi, macam2 topik yang dikhabarkan, dan kalau dikenang2 balik memang tersenyum sepanjang hari dibuatnya.
Ayu, Huda takkan lupa la ceritak pondok tunggu bas tu. Hihihi.

Masa aku darjah 5, aku pulak pindah ke TI; rumah sekarang, dan ayu masih di JB. Masih berutus surat of course. Dan semasa di sekolah menegah (kalau tak silap), Ayu n family sekali lagi berpindah ke Negeri Sembilan pulak.
Namun jodohnya begitu kuat di JB, semasa di tingkatan 4, ayu telah ditawarkan bersekolah di STF,JB. Manakala aku seperti yang pernah dijelaskan di dalam entri yang lalu, tidak bersekolah berasrama penuh kerana memang tak suka duduk asrama (eleh, alasan jer tu. pada hal tak dapat, tapi mana nak dapat kalau tak mintak...kahkahkah).

Di pendekkan cerita, ada sedikit gangguan, semasa di skool menengah, tiba-tiba lost contact, tiada lagi surat secara berkotak-kotak dikirimkan. sehinggalah semasa di universiti, ayu ke UM, manakala aku mengambil alih tempat ayu di JB, dengan men study kan diri ku di UTM terchenta... (ayuh ramai-ramai kita nyanyikan lagu KEUNGGULAN TERBILANG...)
bersama kita menjulang...
keunggulan terbilang...
ke mercu tanda kita usaha
UTM puncak letakknya...

Okey, sambung cerita. Di U agaknya masing – masing bizi, tidak berhubung sangat. Kejap kejap ada no phone and sms each other kejap kejap no phone hilang pulak, lost contact lagi. Finally semasa aku di tahun akhir aku telah menRegisterkan diri di frenster; laman sosial kegilaan ramai pada masa tersebut, maka terkesan lah balik ayu, liza dan fathiah. Kembali ber contact; dan kebetulannya ayu ber U yang sama dengan best fren aku semasa di sekolah menengah; Faridah. Begitulah putaran hidup kan? kawan kita adalah juga kawan kepada kawan kita yang lain. Teori 3 ikatan oleh Cikgu Fazilah (jiran depan bilik masa kat KTF dulu). Okey, dipendekkan cerita sekali lagi, budak berdua neh tidak pernah berkesempatan utk berjumpa, lantaran bizi (sekali lagi menSalahkan bizi; ntah menda yang dibizikan pun tak tau).

Sekarang masing – masing dah bekerja tapi belum bekeluarga (ecece; ayat tak nak kalah), kami masih tak berjumpa, sehinggalah ayu msg aku ada somewhere before Hari raya haritu (ayu tukar no lagi – salah kan ayu...hehehe), sebab ayu terkesan dengan kata – kata yang aku coretkan di frenster. Aku pun tak sure ayat yang mana tapi alhamdulillah, ayat itu telah membuka ruang kepada pertemuan kami pada sabtu yang lalu.

Kisah Jejak Kasih – 3.10.09

Sebenarnya sabtu kelmarin aku perlu temankan adik ke KLCC utk mencari buku di Kinokuniya (menyampah betul, buku tu exist kat kinokuniya jer ker?) mmg ekslusif abis lah... Sebab buku yang aku nak cari pun cuma ada kat kinokuniya jer. Huhuhu… tapi tak apa, maka adalah alasan untuk ke KLCC yer dak. Gugugaga. Hmm… bangun tidur pagi sabtu tu tiba2 dapat ilham sms kat ayu ajak jumpa kat KLCC. Memandangkan ayu pun free so set la utk p membuang masa kat klcc (hahaha…sekarang aku dah banyak masa balik sampai boleh dibuang – buang ; eh tak tak tak... buang masa = macam buang nyawa because TIME IS LIFE; so mana boleh buang masa). Pertemuan di KLCC itu aku tidak takrifkan sebagai membuang masa kerana 1. aku perlu bawak adik beli buku and buku dia berjumlah 400 ringgit ++ , aku nk beli buku pun tak jadi sebab buku aku lagi mahal. Kot karang bulan depan aku puasa sebulan sebab duit gaji abis bayar kad kredit. Hehehehe.... 2. sebab aku dapat jumpa ayu semula – bertemu selepas 16 tahun tak jumpa. Cayalah ayu boleh cam huda lagi…

Aku naik tren jer ker sana sebab masa nak kuar rumah, hari dah gelap/ mendung. Gayat aku nak bawak kereta. Kang hujan ribut petir kat KL tu, parking kete pun boleh bertukar menjadi swimming pool. + parking kat KLCC mahal dek non oit. Eleh yang sebenarnya aku tak cam jalan g KLCC, kahkahkah…. Ketawakan aku…

Route semalam: Aku drive dari rumah, park kete kat LRT Sg. Besi (dgn bayaran RM3/ parking), naik tren ke Masjid Jamek, then tukar tren naik putra di Masjid Jamek ke KLCC.

Mulanya ingat nak jumpa kat lrt Bandar tasik selatan. Sebab star dari sg besi akan melintasi BTS, tapi takkan lah aku nak turun kat situ, beli tiket balik ke masjid jamek, so aku maklumkan kat ayu, kita berjumpa di Masjid Jamek. Padan muka aku sebab masa keluar rumah aku tak msg ayu, bila dah nak naik tren baru msg, makanya aku menTunggu ayu dengan agak lama di stsn Masjid Jamek. Sekali lagi padan muka aku, kesian kat adik jadi mangsa keadaan. Hahaha... so bila ayu arrive, kiteorang pun gerak sama2 ke KLCC, terus shoot cari buku adik, p solat tapi tak de makan sama2 sebab ayu puasa. Sorry la ayu tak tau ayu puasa semalam.

Apa yang menariknya tentang sahabat aku ayu, 1; kalau aku jalan dgn ayu aku rasa selamat sebab ayu polis. Hehehe... rasa cam jalan ada bodyguard.
Yang ke-2, walaupun ayu menTinggalkan sekolah rendah di PB lebih dahulu dari aku, tapi the best part ayu ingat sebahagian besar pengguni kelas Hijau berbanding aku yang menTinggalkan skool masa darjah 4, before cha aliff but dari skool beria mengambil gambar, hah aku tak ingat pun classmate aku kat situ. Hahaha... Habis semua nama ayu sebut, zanariah, fazura, umi, farah wahida, veronica, fadhilatul rashadah, sashibalan, kokilavani (iyer kot namanya), khairi, yusfa, azri, ntah sapa lagi ntah nama ayu sebut semalam. Hahaha aku tak ingat sangat pun. Especialy yang lelaki. Hancus. Langsung tak ingat. Yang perempuan, boleh la kot bayangkan sikit wajah mereka bila ayu sebut nama diaorang. The only yang aku ingat dan masih keep in touch secara chips more (maksudnya kejap contact, kejap lost contact) ialah Liza, Fathiah, Check dan yang paling lama bertahan ialah ayu. Lain – lain, memang aku tinggal terus.

So hujung minggu ne aku nak buat open house maka aku ingin menjemput semua rakan – rakan skolah ku masa 4 hijau (tahun 1993 jer, tahun lain tak yah nyebok), meh lah datang beraya kat umah aku hujung mgu ne. Ayu, huda amanahkan utk p jemput diaorang semua yer. Mari ... mari ... korang blh kerjakan huda cukup2 sebab tak ingat kat korang. Hahahaha...

Apa pun aku amat terharu atas pertemuan kelmarin. Sangat2 terharu. Allahuakbar. Dengan izin Allah jua kami dapat bertemu dalam keadaan yang sihat dan sejantera. Alhamdulillah. Aku gembira dengar cerita ayu (mmg respect kat ayu sebab mengikuti perkembangan kawan2). Majoriti kawan2 aku di PB dulu grad dan sekarang kerja bagus2. Alhamdulillah. Jadi tak timbul la isu nanti rasa kerdil bila bersua muka. Cuma ada tak ada aku tetap rasa kerdil kalau semua dah kawin, aku jer yang calon pun tak jumpa lagi.. Huhuhu. Yang tu memang eden teraso bonar....

Hmmm.. till aku ada idea nak kelentong lagi kat sini, aku pen off dulu.
Harapan: Semoga dapat jumpa kawan semua hujung mgu ne, tak pun kita arrange re-union nanti. Insya Allah.

nihas (bertemu dan berpisah kerana Allah)

kemetotnye aku

Wednesday, September 30, 2009

Sayangi Jantung Anda Setiap Hari

Tajuk entri ini boleh di baca dengan rentak iklan vitagen yer...
Berikut di paste kan something interesting to share ttg J.A.N.T.U.N.G
Get this via emel from my deputy.
********************************************************************************************
JANTUNG...Saya akan cerita serba sedikit tentang jantung. Banyak pelajaran berguna yang saya pelajari daripada jantung ini. Jantung ini berakhlak mahmudah (akhlak yang terpuji). Jantung amanah. Dia tidak pernah mencuri. Jantung ini ada satu otot, namanya endocardium. Endocardium ini tidak akan mengambil darah yang beroksigen buat dirinya. 100% darah yang diterima, 100% darah yang berkualiti juga akan dipam semula. Tidak pernah sesekali dia menggunakannya buat keperluan dirinya.
Sekiranya coronary artey tersumbat, jantung tetap tidak akan mencuri. Apa yang akan terjadi? Kematian. Dan jantung menujukkan satu lagi sikap, lebih baik mati dalam kemulian daripada mati dalam kehinaan.
Jantung juga tidak mementingkan diri. Dia tahu organ-organ lain di dalam badan memerlukan bantuannya. Dia bekerja dalam jemaah, ada "team work". Jantung mengepam 5 L darah dalam masa satu minit. Jumlahnya hampir-hampir satu baldi air. Dia bekerja tanpa rehat. Sekiranya manusia tidur, otaknya akan berehat. Tapi jantungnya akan terus menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.
Jantung menerima arahan dari SA node. Bahasa mudahnya, SA node ini seperti seorang ketua dan jantung akan mematuhi arahan ketuanya. Dia tidak akan datang lambat. Dia tahu betapa penting dirinya. Dia perlu selalu berinteraksi, menjaga batas perhubungannya. Sekiranya dia berhenti berinteraksi, akan berlaku "sudden cardiac death". Jantung akan tiba-tiba mati.
Satu lagi perkara mengenai jantung - dia tidak akan berhenti bergerak. Apa yang akan terjadi kalau jantung berhenti bergerak? Darah akan bergumpal dan seterusnya menyebabkan strok dan serangan sakit jantung. Jantung mengajar kita agar sentiasa belajar - menjadi continuous learning person. Jangan berhenti. Exam bukannya terminal (penamat) segalanya-galanya. Sebagai seorang muslim, perlu belajar sehingga ke liang lahad.
Jantung ini patuh pada siapa?? Jantung ini patuh pada penciptanya, Allah. Kalau dia patuh pada saya dan awak, dah lama jantung mati. Contohnya, awak beri arahan, sekarang berdegup cam gini...cam gini...Lepas tu, awak beri lagi arahan...berdegup cam gini...cam gini...Awak akan jadi gila, dan jantung juga akan mati kerana mematuhi peraturan yang tidak masuk akal.
Kadang kita tidak sedar betapa hebatnya kasih sayang Allah buat hambaNya. Derhaka macam mana pun, jatung tetap berfungsi dengan baik. Semua itu nikmat. Nasihat saya buat awak dan saya, bertaubatlah sebelum jantung itu berhenti berfungsi kerana mematuhi perintah RabbNya.
HARGAILAH JANTUNG ANDA.....

Dalam Hati Ada Taman

Dalam Hati Ada Taman...Dalam Taman Ada Bunga...Dalam Bunga Ada Tanda... CINTA


Dalam Hati Ada Taman
Dalam Taman Ada Bunga
Dalam Bunga Ada Tanda
Dalam Tanda Ada Cinta
Dalam Cinta Ada Kasih
Dalam Kasih Ada Sayang
Dalam Sayang Ada Belas
Dalam Belas Ada Ihsan

Dalam Hidup Ada Rahmat dan Kasih Sayang Allah buat
Kau Aku dan mereka jua.

Di mana bumi dipijak
Di situ langit dijunjung

nhhas - 29.9.09 (10 Syawal 1430H)
Putrajaya, Malaysia

Monday, September 28, 2009

The Next Door

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.
Selamat Hari Raya Ai’dil Fitri 1430 H. Semoga kita semua telah mendapat rahmat, keampunan Allah dan pelepasan daripada azab api neraka. Ameen.
Kerana amat rugilah orang yang bertemu Ramadhan tetapi melepasinya tanpa mendapat keampunan Allah S.W.T. .
Semoga kita juga dapat kembali kepada fitrah kejadian manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
Salam penuh kemaafaan yang tulus ikhlas atas SEMUA kesalahan sama ada disengajakan atau tidak, terang mahupun tersembunyi daripada saya; nhhas.


Hari ne telah kembali semula ke pejabat setelah seminggu lebih bercuti. Betul2 tiada motivasi ke pejabat. Nasib baik masih ingat jalan ke pejabat. Betul2 tiada motivasi ne. Huhuhu.... tapi aku perlu menyiapkan kerja skolah yang terbantut last week gara2 majlis itu dan iso itu. Haila, esok is my presentation day. Slide baru siap 3 muka…. Tensi… tensi…

Nape tak buat masa cuti last week ? Hah iyolah tu… aku tdo pun dah macam zomba (adik beradik zombie), aci boleh jer lepak and landing mana nak tdo.

Macam2 hal raya ne. Aku rasa macam dah jadi bibik pulak…. Pertama kali dalam sejarah aku duduk kat dapur tanpa henti memasak, membasuh, mengemas dan membersih segala bagai. Serius penat tahap gaban tergolek-golek…. Maka mana nak cari masa lagi buat kerja skolah? Ucapan raya pun tak sempat buat.... hehehe... apa2 pun ok la raya ne.... biasa jer bagi aku.... macam rutin biasa jer. Rumah2 yang dikunjungi pun sama jer. Cuma skill memasak semakin di update dengan menambah skill sedia ada di samping mem polish skill lama...hihihi tapi aku masih gagal belajar masak laksa penang... sekali lagi AKU GAGAL belajar masak laksa penang... kerana pada hari raya ke-2 yang sepatutnya aku masuk dapur masak laksa penang, aku telah pergi ke kuala pari- umah arwah tok su, sebab tok su aku meninggal dunia pada jam 3 pagi 2 syawal 1430H - Al fatihah.

Aku juga masih lagi gagal g umah mak cik jiran sebelah rumah mak aku... ok mmg aku buat pengakuan sungguh2 ne... aku betul2 nak g umah makcik sebelah rumah mak aku ne... 12 tahun aku duduk situ tak pernah jejak kaki dalam umah makcik tu.... ada ker patut.

Tapi tidak boleh mensalahkan diri aku sebanyak 100%. Ok, kronologi, aku mentinggal di rumah itu semasa aku di tingkatan 2, umur 14 tahun, sepanjang aku berskolah (4 tahun), makcik sebelah ne selalu balik kampung lama2, sampai aku tak g la beraya umah dia, sebab bila dah start skolah mana ada feeling nak raya lagi dah. Pastu bila aku masuk matrikx, cuti kejap sangat, pun tak sempat g umah makcik sebelah (1 tahun). Then masuk U, U aku tu jauh sebanyak 7 jam perjalanan menaiki bas dan biasanya aku telah bertolak balik ke kampus pada hari raya ke-3 kerana raya ke-4 dah start kuliah, siap ada test lagi (cara terbaik lecturer paksa semua student balik kampus)... bengong... Lepas study (3.5 tahun), aku kerja pulak setahun sembilan bulan kat selatan juga, maka sepanjang 5 tahun aku belajar dan bekerja di selatan tanah air, selama itu lah aku tidak sempat lagi ke rumah mak cik sebelah. Dan dalam tempoh 5 tahun tu juga, aku rasa macam lost giler; aku jarang balik kampung, ada kenduri ke kematian ke, semua aku tak balik sebab jauh – tak der transport dan tak der keupayaan utk balik. Kira sedara semua cam bengang jer kt aku. Kawan2 kawin kalau kat kampung pun aku tak dapat nak hadir. Yer lah, jauh tu 7 jam perjalanan sehala, kalau diaorang kawin sabtu, aku dah kena balik jumaat malam, sabtu malam balik jb semula? Gila penat.....
Ok2... 4 tahun + 1 tahun + 5 tahun tak pergi umah makci sebelah umah. Tahun lepas, aku tak ingat napa tak pergi, tapi aku bagi la anak2 mak cik sebelah ne duit raya dalam tempoh 2 tahun tersebut kerana aku telah bekerja. Ada sekali tu aku bagi kat luar pagar jer, masa aku nak g mana ntah....(nota: aku jer tak pergi umah mak cik tu, mak ayah aku mmg pergi beraya umah dia). Dan tahun ini 1430H aku telah berazam utk ke rumah mak cik sebelah dan ternyata aku sekali lagi GAGAL .... huhuhu.... rumah mak cik sebelah tu dipenuhi dengan sedara mara dia sumpah sangat ramai sehingga aku sangat la segan nk pergi. Aku menanti sehingga dentingan jam yang terakhir sebelum aku pulang ke pjaya kelmarin dan end up mak cik tu tak ada kat rumah pulak dah. Gila sadis... makanya cukup lah 12 tahun aku tak pernah menjejak kaki kat umah mak cik sebelah umah mak aku... huhuhuhu.... jgn salah faham pulak, kami langsung tidak pernah bergaduh, anak2 dia yang 2 orang tu pun sempoi jer selalu lepak umah aku,.... ne kes nya AKU, ulang suara, HANYA AKU yang tidak pernah ke rumah mak cik itu... huhuhu... mak ayah aku dah memang duduk situ, so mmg sempat ler pergi kan... hihihi....
Tak apa, aku berazam lagi utk g umah mak cik tu di masa2 akan datang....

Salam Aidil Fitri,
Salam 1 Malaysia (jenuh la nak salam satu malaysia ne populasinya 27 juta orang)....

Tuesday, September 15, 2009

macam-macam hal

Salam,
singgah lah.... tgk sawang dah penuh ke tak dalam ne... zooooooooommmmm... bersihkan sawang dalam RLiR ne.... super bizi sekarang, baca paper pun dah tak sempat (mesti ada yang tepuk tangan sebab BANGGA nihas dah tak der MASA banyak nak BACA banyak2 NEWSPAPER). dgn kerja ad hoc nyer, jadi bidan terjun function lagi, iso lagi, nak raya lagi, sign off project lagi, jurnal to complete dah ada 2 tajuk yang perlu disempurnakan. haila, tak tau nak korek masa kat mana lagi.... dah kurangkan tidur, nak buat kerja balik rumah tapi rasa macam rugi balik rumah buat keje2 opis dibulan ramadhan ne, baik baca Quran. sales yang KPKK buat pun langsung tak dapat visit, padahal jarak less than 3km jer dari rumah, jalan kaki pun boleh. ne balang kuih raya tak beli lagi. huhuhu... kadang2 rasa nak jadi invisible sekejap. hihihi... ucapan raya? belum lagi. ada 4 hari lagi nak puasa. sedih sungguh nak tinggalkan ramadhan, nak tinggalkan terawih, dh tak der lagi berbuka dan berjemaah di masjid putra yang sangat2 best tu. Masjid itu telah mengikat hati ku supaya saban hari tanpa jemu mengunjungi nya (kecuali time ribut petir hujan lebat) tak dapat keluar rumah....
Banyak hikmah dipelajari dalam tempoh 3 minggu ne, nilai sahabat sejati, nilai TEAM WORK, berbaik sangka, REDHA dgn rezeki Allah, sayangi anak2 yatim, yang paling terharu isu pasal bisnes kek lapis sarawak aku.... huhuhu

Saturday, September 5, 2009

C.I.N.T.A


Salam,

Knowledge sharing session:


C.I.N.T.A - part 1:

Hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta bersyariatkan islam.

Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itu lah cinta hakiki yang tidak boleh di jual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata -kata yang tidak sepatutnya.

Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya...jika tidak berminat masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang ....romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam islam ....bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam?

Orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara bertulis.......kerana was was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati.

Orang yang benar benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar benar tidak ada masalah hati..itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak di sekat.

Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa ???...rasa rindu yang amat sangat............sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah...orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar benar berlandaskan iman .

-nhhas (akhirnya saya bertemu dengan sesuatu yang tidak perlu saya kategorikan di bawah chapter "TAK ADA ISU")
5 September 2009
11.30 am

Tuesday, September 1, 2009

1/3 Yang Kedua

Assalamualaikum wbt...
Hari ini = 1 September 2009 = 11 Ramadhan 1430H = usia saya 26 tahun 1 hari.

Ini bermakna, 1/3 Ramadhan 1430H telah meninggalkan kita (sama ada kita telah melaluinya dengan suksess atau kita sekadar tidak ambil peduli.)

”Pada awal ramadhan itu (1/3 yang pertama) – ada rahmah, di pertengahannya (1/3 yang kedua) – ada keampunan dan diakhirnya (1/3 yang ketiga) ada keselamatan daripada azab api neraka.”
(maaf – tak pasti hadis diriwayatkan oleh siapa – who knows, bantu saya betulkan kalau saya tersalah).

Diriwayatkan dari Hasan bin Ali t. ia berkata : Rasulullah saw. telah mengajarkan kepadaku beberapa kata yang aku baca dalam qunut witir : ( artinya ) "Ya Allah berilah aku petunjuk beserta orang-orang yang telah engkau beri petunjuk, berilah aku kesehatan yang sempurna beserta orang yang telah engkau beri kesehatan yang sempurna, pimpinlah aku beserta orangyang telah Engkau pimpin, Berkatilah untukku apa yang telah Engkau berikan, peliharalah aku dari apa yang telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya Engkaulah yang memutuskan dan tiada yang dapat memutuskan atas Engkau, bahwa tidak akan hina siapa saja yang telah Engkau pimpin dan tidak akan mulia siapa saja yang Engkau musuhi. Maha agung Engkau wahai Rabb kami dan Maha Tinggi Engkau. ( H.R : Ahmad, Abu Daud, Annasa'i, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah ).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw: "Setiap amal anak bani Adam adalah untuknya kecuali puasa, ia adalah untukku dan aku yang memberikan pahala dengannya. Dan sesungguhnya puasa itu adalah benteng pertahanan, pada hari ketika kamu puasa janganlah berbuat keji , jangan berteriak-teriak ( pertengkaran ), apabila seorang memakinya sedang ia puasa maka hendaklah ia katakan :" sesungguhnya saya sedang puasa" . Demi jiwa Muhammad yang ada ditanganNya sungguh bau busuknya mulut orang yang sedang puasa itu lebih wangi disisi Allah pada hari kiamat daripada kasturi. Dan bagi orang yang puasa ada dua kegembiraan, apabila ia berbuka ia gembira dengan bukanya dan apabila ia berjumpa dengan Rabbnya ia gembira karena puasanya. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim)

Hmmm... kita telah masuk 1/3 yang kedua, dimana tawaran keampunan telah dibuka. Semoga di 10 malam berikutnya ini tidak kita sia-siakan, benar2 aku berdoa bermohon mengharapkan simpati dari Allah agar dosa-dosaku yang menggunung tinggi itu mendapat keampunan Allah.

”YA Allah ampuni daku. Berikan daku taufik dan hidayah Mu agar aku mengikut petunjuk Mu dalam menyelusuri kehidupanku ini. Jadikan aku hamba Mu yang sentiasa mensyukuri nikmat Mu Wahai Allah. Panggillah aku pulang dalam keadaan husnulkhatimah, dalam keadaan Kau telah menerima taubatku dan dalam keadaan Kau telah mengampuni daku.... ameen ya rabbal a’lameen”

Diari 10 Ramadhan 1430H... KATAKAN TAK NAK KEPADA BAZAAR RAMADHAN.

Semalam telah dipaksa oleh boy supaya ke bazaar ramadhan. Abih dah target aku utk langsung tidak mahu ke bazaar ramadhan sepanjang ramadhan 1430H ne. Specifically bazaar di pjaya. Seperti dijangka – amat mendukacitakan... Adus. Peniaga2 kurang jujur/ kurang berhemah sekali kerana separuh daripada makanan yang dibeli semalam TIDAK BOLEH DIMAKAN kerana rasanya telah tidak sedap dalam erti kata, macam rasa makanan hari sebelumnya dan hampir nak basi. Penyudahnya semalam after terawih, mama masak makanan lain sbb makanan yg dibeli ketika berbuka DAH BASI. Sungguh membazir. Ok ini adalah 1ST DAN LAST ke bazaar ramadhan specifically pjaya. KATAKAN TAK NAK KEPADA BAZAAR RAMADHAN.
Sebenarnya bagi aku kalau membeli tak kira lah makanan, pakaian dll, aku lebih suka niatkan membeli sambil menderma, membantu ekonomi orang islam, tetapi amat mendukacitakan kenapa masih ramai peniaga2 melayu ne, tidak berhemah dalam meniaga… haila… bulan puasa pun nak berlaku tidak jujur kah? Dah la zaman kegawatan ne… kalau la kita ne jujur dan amanah dalam apa yang kita lakukan dan kerjakan, maka aman lah dunia ne. (wake up dear, jangan dream too high, manusia ne rambut pun dah tak sama hitam, apatah lagi hati kan)...

-nihas (Hari ini telah berusia 26 tahun 1 hari - alhamdulillah)

Monday, August 31, 2009

Cahaya Petunjuk Kemerdekaan

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah... Allah mengizinkan aku untuk terus bernafas dan menghuni di bumi Nya ini dalam keadaan aman, tenang dan penuh keberkatan, Insya Allah. Alhamdulillah.... aku amat bersyukur atas nikmat yang Allah anugerahkan ini. Bagi aku bertambahnya umur bukan patut ditangisi kerana kita makin tua, tetapi kita patut bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk membuat collection amal ibadah bagi bekalan di bawa pulang ke kediaman yang kekal abadi. Mudah2 an aku akan terus tabah meneruskan hidup yang kian mencabar ini. Selangkah lagi aku menghampiri kematian. Ya Allah mudah2 an aku dipanggil pulang dalam keadaan beriman kepada Mu Ya Allah dan dalam keadaan telah mendapat keampunan Mu Ya Allah... Ameen Ya Rabbal Alamin.

Mulanya aku ingin letakkan title entri ne sebagai O-tanjoobi omedetoo yang bermaksud, Happy Birthday. Tetapi bila direnung kembali, rasanya tak sesuai la tajuk entri berbahasa jepun. Maklum lah aku dilahirkan pada tanggal 31 Ogos bersamaan dengan tarikh kemerdekaan Negara., jadi rasanya tidak sesuai la untuk letak tajuk entri dengan bahasa penjajah yang pernah membuat onar di Tanah Melayu dahulu. Hmmm. Sudah 52 tahun Negara kita mengecapi kemerdekaan, namun adakah kita benar2 telah merdeka dari sebarang bentuk penjajahan? Wallahualam. Aku berpandangan, mungkin dari sudut peperangan yang membawa kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa, yeah, kita telah merdeka daripada itu semua, namun dari aspek pemikiran, pendidikan, budaya dan ketamadunan, masih banyak yang perlu di soroti dan dipelajari daripada sejarah. Kerana hidup ini umpama putaran roda. Adakalanya kita di bawah, adakalanya kita di atas. Kalau di atas tidak selamanya akan terus kekal berada di atas, kerana roda itu sifatnya bulat nescaya ianya pasti akan bergolek yang menjadi persoalannya hanyalah bila dan siapa atau apakah yang akan menggolekkannya. Begitu juga kalau berada di bawah, akan tiba saat dan ketikanya akan berada di atas. It just the matter of time. Dan pesan guru aku semasa di sekolah dahulu, kita kena belajar sejarah kerana sejarah itu berulang.... sekali lagi diulangi SEJARAH ITU BERULANG. Sama2 lah kita mengambil iktibar daripada sejarah lampau, dimana akibat tidak bersatu padu, akibat GILAKAN KUASA, TAMAKKAN HARTA, maruah bangsa dan Negara tergadai kepada penjajah. Boleh ulangkaji balik zaman kejatuhan Melaka ke tangan portugis, negeri2 selat ke tangan pihak british dan zaman serangan KOMUNIS. Semua itu menakutkan. Kalau aku soroti peperangan ketika ini di palestin, begitu kah gambaran perang... sangat menakutkan. Amat...amat...amat....
Justeru dikesempatan ini juga, aku ingin promote sikit (promote lagi), kepada readers,(kalau ada readers la blog ne), marilah sama2 bersatu hati, jangan hidup berpecah-belah (w/pun ada yang masih tak mahu admit bangsa kita telah tidak bersatu hati dan berpecah, terpulanglah kepada kefahaman masing2).

Hidup mesti tahu rasa bersyukur dan berterima kasih. Tunduk ke bumi, dongak ke langit, tiada lain yang dapat kita lihat melainkan keAgungan dan keKuasaan Allah. Lantas, untuk apa lagi kita merasakan diri kita BAGUS sangat? Perlunya apa kita merasakan diri kita TINGGI sangat? Astaghfirullahaladzim.... mudah2 an Allah jauhkan diri kita daripada menjadi orang yang sombong dan bongkak, walhal kelebihan kita itu juga merupakan PINJAMAN daripada Allah jua merupakan UJIAN Allah sebenarnya (sama ada kita sedar atau tidak).

"Adakah kamu menyuruh orang lain melakukan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri. Padahal kamu membaca Al-Kitab. Apa tidakkah kamu berakal?"
Al Baqarah ayat 44

Dan juga sempena bulan Ramadhan ini aku ingin promote juga marilah kita sama2 menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada saudara2 seislam kita di serata dunia yang tidak dapat mengecapi nikmat hidup dalam keadaan yang aman, tak cukup makan, agar sama2 kita menghulurkan bantuan bagi meringankan sedikit penderitaan mereka.

"Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." ( Hadis Riwayat Muslim )


Kalau ada dikalangan kawan2 yang kesempatan, saya ingin mengajak turut serta dalam projek amal anjuran amanpalestin (
http://www.amanpalestin.org.my/) untuk sama2 menghulurkan bantuan meringan kan beban mangsa2 peperangan di palestin...

” Sesungguhnya Allah swt mencintai orang–orang yang berbuat baik. ” ( Surah al Baqarah ayat 195 )

Wallahualam...

Ok next...

Hmmm... aku juga ingin mengucapkan jutaan erm more than that, terima kasih dan rasa kasih sayang yang tidak terhingga kepada mama dan ayah yang telah membesar dan mendidik aku sehingga menjadi aku yang ada pada hari ini. Ketabahan mama dan ayah dalam mendidik kami tidak menuntut sedikit pengorbanan. Mudah2 an Allah meredhai dan merahmati mama dan ayah dan mengasihi mama dan ayah sebagaimana mereka mengasihi kami. Mama ayah..... angah sayang sangat kat mama ngan ayah. Sayang juga buat along (the best sister that i ever had), boy, adik, abang long, ai’man dan baby yang menyayangi aku dan menemani aku sama ada susah atau senang. Aku baru lepas makan kek ne. Kononnya nak buat sendiri tapi tak sempat, so beli jer la. Mama belanja. Nasib baik SR tak ada chocolate indulgence yang 1kg tu, so boy beli kek potong2 la macam 2 jenis kat SR tu. Hmmm... gambar tak ada lagi sebab tak rajin nak transfer pagi ini. Aku dah intai dah hadiah hari jadi dari mama ngan adik rasanya (biasala adik tu mana reti bagi surprise kat orang, kalau ada beli hadiah kat orang, mesti kecoh... tapi tak nak bagi lagi. Ntah apa2 ntah... hahaha... tapi tak apa, aku dah curi tgk tadi. aku mmg tak blh tgu2 kalau bab hadiah ne...
Lawa....gagaga... dapat handbag... chika, thanx I dah dpt handbag, tak payah survey lagi. Heheheh...
Seingat aku, aku tak pernah beli handbag. Semuanya dihadiahkan orang lain. Handbag yang ada 1st sekali aku miliki (yang ada betul2 punya la, bukan handbag main2 beli masa study) along yang bagi. Masa aku kat tahun akhir utm. Dahsat la along confident jer beli handbag mahal2 anta pakai pos laju... haila... nasib baik la selamat sampai. Pastu agak2 dah tak muat handbag tu bila keje biasala macam2 nak sumbat, baru niat nak beli handbag baru, tiba2 abanglong p US last year time Christmas (mmg sale best amat), makanya dapat la lagi sebijik handbag, besar sikit saiz boleh sumbat macam2 termasuk tauhu sumbat...hahaha...gurau jer... tapi masa tu aku kirim cap Gucci, tapi kesian abanglong susah payah cari semua harga ribu riban, so tak dapat la nak beli. Kot karang beli hadiah aku sorang jer orang lain tak ada sebab dah lari bajet.... hahaha... padan muka aku. Kirim tak nak kalah. Nak Gucci yang original. Kau ingat abang kau tu ceo Motorola ke... so after tak sampai setahun, gatal lagi nak beli handbag, sebenarnya aku ada size n kaler handbag yang aku berkenan sangat (bukan cap bagus2 sangat pun, cap bonia jer pun), tapi harga dia nauzubillah, hampir sebulan gaji tu, makanya masih la memendam perasaan.... hmmm... jengjengjeng.... tadi korek kotak hadiah, dah Nampak dah handbag baru ... hahaha... tapi tak sure sapa bagi.... mama ke adik... adik kata dia share ngan mama... ngelat betul budak tu.... tak per2 kita tgk esok masa sesi penyampaian hadiah...hehehe... pastu tadi p jj ngan boy ngn ayah. Konon2 nya nak cari balang kuih raya, curtain (sumpah pemalas, ada ker g beli curtai ready made kat jj, nasib baik tak ada)... pastu beli set gelas... banyak nak beli tapi semua pun tak ada. Yang ada set gelas jer... aku paksa boy suruh hadiahkan aku set gelas, pinggan mangkuk ngn set balang kuih raya.... hahahah melampau tak aku.... tapi yang hampehnya tadi ada set gelas jer... lain2 semua dah tinggal yang tak cantik so tak beli la. N lebih hampeh lagi boy suruh aku bayar sendiri dulu... ada ker patut... ishishish budak ne... takper la aku g mintak sun glasses cap bonia pulak la kat dia. Sebab ayah kutuk sun glasses aku tak canggih. Ader ker patut. Adik punya glasses lagi class.... ishishishish... pastu balik rumah tadi masa kacau mama kat dapur, cakap la nak beli pinggan mangkuk, sebab staff dah warning tahun ne diaorang tak bagi chance mmg nak datang serbu rumah aku.... huhuhu... so mama cakap nanti g ambik set pinggan mangkuk kat rumah opah sebab ada beratus biji yang masih lagi cantik tak payah gatal nak pergi beli. Sebab opah suruh g ambik kat rumah dia sebelum dia men dispose kan pinggan mangkuk tu semua... ayah pun dah bagi green lite p angkut set gelas n punchbowl kat umah opah satu lagi (aku pun tak faham apsal diaorang semua ne punya la banyak set pinggan mangkuk yang cantik2 pastu dah tak nak pakai dah)... huhu..... tak apa, nnt cuti raya aku g korek store rumah opah, g kidnap.... opah pun mmg dah tak nak gunakan lagi dah... Oh yer lupa pulak nak story,... celcom pun bagi hadiah hari jadi (50 sms percuma – ceh kedekut, cuba la bagi value rm50, so tak kisah la kita nak call ke, sms ker, ne sms sampai percuma 50, aku pun tak tau nak sms sapa. Lenguh la tangan nak taip sms)...huhuhu banyak lagi keje lain nak buat.... ok la... aku sebenarnya tgh siapkan data mapping dan cari bahan utk penulisan 2 lagi paper ttg networking dan repository ne... tapi mata dah nak kuyu dah.. . pen off dulu lah..
Last but not least, terima kasih buat kak ros (tangga pertama), ili (tangga kedua) dan en.azaraai (tangga ketiga) dalam meng wish kan doa2 dan kata selamat sempena ulangtahun kelahiran aku yang ke......26 tahun....ok aku akan clearkan inbox sebab confirm esok tak larat nak delete msg (perasann ramai orang nak wish la tu... hehehehe....

Ok, selamat meraikan ulangtahun kemerdekaan yang ke 52 dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan...
Assalamualaikum wbt....

-nhhas ( sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik hari demi hari, Insya Allah)